Thursday 27 December 2012

Meatball ala IKEA


Meatball IKEA... teringin sangat nak makan, nak pi makan kat IKEA tu jauh beribu batu, kalau ada kat Sg Petani ni, akak dah lama pi makan ni, nampak macam sedap sangat, nasib baik tak mengandung... kalau tak meleleh air liuqkann...
Akak cuba2 cari resepi dlm internet ni, intai sana sini, last sekali  terjumpa satu resepi  dlm blog kellazule.blogspot.. terima kasih banyak2 pada tuan punya resepi ni, boleh jugak akak try2 buat....
Taraaa...
dah siap pun, macam ni jadi tak ?? maklumlah kita tak pernah rasa yang IKEA punya tuu... akak guna 2 paket meatball SAUDI  , jem akak tak letak pasai dah habis,  tapi dia punya sos memang sedap sanggat.. anak akak sampai menjilat-jilat saki-baki sos dlm periuk tu....huhuhu


buat sos sampai seperiuk...


Sumber:- http://kellazule.blogspot.com/2012/11/recipe-homemade-meatball-ala-ikea.html

Resepi Meatball Ala IKEA

250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)


Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.


 * lepas akak kukus meatball tu, akak panggang  dgn menggunakan sedikit minyak .. akak panggang dlm panggang ajaib ni... *






Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa


Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .


Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..



RESEPI CHEESY WEDGES
sumber:-rosyur.blogspot


WEDGES

4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam 
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara:-

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping.
Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang.
Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.

Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili.

Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan.
Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!


Cara menghidang

1. Goreng meatball segera (goreng tanpa minyak ok!).
2. Goreng fries
3. Letak meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Letak fries dekat sebelah
5. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry/ mix fruit jem



Cheesy Wedges


Diatas permintaan anak2, maka ibu dengan bersusah payah menyiapkannya.. taraa dah siap.. mai makan anak-anakku...Cheesy Wedges ..ummpp sedapnya ..terima kasih kepada tuan punya resepi ni..lepas ni rasa tak payah pi makan kat KFC dah.. huhuhu dah pandai buat sendiri...



RESEPI CHEESY WEDGES
sumber:-rosyur.blogspot


WEDGES

4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam 

1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng




Cara-cara:-

Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping.
Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang.
Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.




Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. 








Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan.
Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!




Sos Keju Mustard

Bahan-bahan:
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni
* akak tambah sedikit pewarna oren..


Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.





Tuesday 25 December 2012

Mashed Potatoe @ Kentang Putar


Mashed Potatoe
 Sumber:-  Lieya Osman..

Bahan:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.



Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar


Monday 24 December 2012

Selamat Pengantin Baru


Pada 22 dis 2012 lalu berlangsungnya majlis perkawinan adik lelakiku  yang bongsu, selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat, tempuh alam perkawinan ini dengan penuh kesabaran kerana banyak onak dan duri akan ditempuhi bersama nanti.. alhamdulilah semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada semua adik-beradikku dan sanak saudara yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini..
Majlis yang sederhana tetapi cukup meriah ni dibuat dirumah akak kat kampung, alhamdulilah terasa lega apabila majlis berjalan lancar walaupun yang mengurus majlis ini cuma kami adik beradik, maklumlah mak pun dah lama tak ada , cuma ada seorang ayah yang tak berapa nak sihat...


Banyak yang membantu dalam menjayakan persiapan majlis ini, pelamin , baju dan makeup pengantin semua rekaan ini dibuat oleh adik akak yang no enam , dia ni seorang juru makeup artis, alhamdulilah save bajet, ada orang nak sponserkan , apa yang nak ditunggu lagiii...



Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil oleh penduduk kampung, semoga majlis ini diberkati..amin..

Gulai kambing yang sangat sedap, dapat pujian ramai dari tetamu, kita orang pakai katering untuk majlis ni, senangkan buat apa nak susah payah , lagi pun time sekarang ni jarang dah org nak buat masak gotong royong ni, penatkan...



Gambar kami semua adik-beradik, 5 perempuan 2 lelaki, 7 semuanya, akak ni anak yang sulung,  muka pun sama sefesyen jerkannn...huhuhu

Saturday 22 December 2012

Masak Lemak Putih Labu Manis


Masak lemak putih labu manis, lama sudah tak makan masakan ni, orang tua2 kata labu ni berangin.. jgn makan selalu, kalau tak tahan nanti bisa2 satu badan, org dlm pantang pun tak boleh makan labu , kadang2 tu apa yg org tua2 kata ada betuinyakann...
Labu ni akak beli kat tepi jalan, jalanraya Sidam-Padang Serai masa balik dari kenduri kawin rumah adik ipar hari tu, dia org jual berlonggok2 kat tepi jalan tu, geramnya akak tengok, akak beli  sebiji jer..tu pun dah 2,3 hari dah, hari ni baru nak masak, makan dgn ikan pekasam goreng kunyit.. sedap nii... jom kite layan resepi...



...Resepi Masak Lemak Putih Labu Manis...

Bahan-bahan:-
  • 1/2 biji labu- potong kecil
  • 2 helai daun salam
  • santan cair
  • santan pekat
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit udang hidup
  • 2 ulas bwg putih
  • 3 ulas bwg merah
  • 1 sk lada hitam
  • 1 bj cili merah- potong serong
  • garam dan perasa
cara-cara:-
  • tumbuk kasar bwg merah, bwg putih , lada hitam dan ikan bilis..
  • sediakan periuk, masukkan bahan tumbuk tadi, daun salam, labu, udang hidup dan santan cair, masak dengan api sederhana sehingga santan mendidih..
  • tambah  santan pekat dan cili merah yg dipotong  serong..
  • perasa dgn garam...

Wednesday 19 December 2012

Spaghetti Bolognese Versi Pedas


Sarapan pagi ni makan spaghetti pulak, atas permintaan siabang Faiz pasai sat gi pukul 10am nak bawa dia pi ambil result PMR ... nak makan pun dah tak lalu, badan pun dah naik seram sejuk... kita layan resepi ajerlah...


...Resepi Spaghetti Bolognese Versi Pedas...



Bahan-bahannya:

500g spaghetti (1 peket)
500g daging lembu cincang
1 paket meatball
4 sb cili kisar
3 biji bawang besar kuning - dicincang halus
2 helai daun bay
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 tin sos Prego
1 btg carot- cincang halus
4 biji tomato segar - di rebus
1 batang celeri - dipotong dadu 
1/2 s/k oregano kering
1 s/b lada hitam- tumbuk halus
3 s/b minyak zaitun (olive oil)
2 s/b butter
Garam
1/2 keping gula melaka
Sedikit parutan keju



Cara-cara:-

1.  daging kisar digoreng terlebih dahulu, sehingga kering airnya..
pasainya kadang2 tu ada sedikit bau daging yg kurang menyenangkan...







2.  meatball ni pun akak goreng dulu jugak...










3.  tomato ni pulak akak rebus dulu , pastu kisar utk mendapatkan patinya yg fresh gitu... takyah guna tomato puri dahh..








4.  panaskan minyak zaitun,  dan mentega hingga cair, masukkan daun bay...











5.  masukkan bawang putih, bawang besar, goreng hingga layu, pastu masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak..








6.  masukkan carot dan celeri, masak hingga sedikit layu..
7. masukkan daging kisar yg digoreng tadi, kacau sebati..
8. masukkan tomato kisar dgn sedikit air, masak hingga mendidih dan tambahkan sos prego..
9.  tambah gula melaka, garam, herba oregano dan lada hitam..
10.  last masukkan meatball yg digoreng tadi..
11. rendih pelahan-lahan sehingga kuah menjadi sedikit pekat..

selamat mencuba....










Tuesday 18 December 2012

Rendang Pedas Ikan Tongkol Style Perak








Resepi ni akak dapat dari staff akak org perak, dia pun suka masak2 macam akak jugak, akak dgn dia  suka kongsi2 resepi , biasanya mana2 resepi yang tak kami tak pernah masak dan tak pernah makan , kami akan cuba buat, biasalah org tua2 ni kan banyak pengalaman dan banyak jugak petua dan pantang larangnya, itu yang nak kita kena belajarkann.....
Resepi ni cara org perak , dimana semua bahan dimasukkan dan dimasak sekali tanpa ditumis, masakan org perak ni biasanya banyak menggunakan kerisik...

...Resepi Rendang Pedas Ikan Tongkol....

 2 ekor ikan tongkol sederhana
 pati santan (dari 2 biji kelapa)
 2 helai daun kunyit, dihiris halus
 5 helai daun limau purut- dihiris halus
 5 sb kerisik
 5 sb cili kisar
 20 biji cili padi*
Garam dan gula secukup rasa  
2 keping asam gelugor
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci lengkuas*
4 inci halia*
5 batang serai, dihiris*
2 inci kunyit hidup
1 sk jintan manis*
1 sb lada hitam*
# bahan bertanda* eloknya ditumbuk kasar terlebih dahulu sebelum dimesin...












1. Ikan dipotong dan dicuci bersih..
2. Kisar semua bahan yg (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. 
3. Gunakan api sederhana, sediakan periuk,masuk pati santan, cili kisar, asam gelugor dan bahan2 kisar tadi.
4. Masak hingga keluar minyak santan, baru masukkan kerisik dan ikan tadi, kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. 

5. last masukkan daun kunyit dan daun limau purut yg dihiris halus perasa dgn garam dan gula..




Sunday 16 December 2012

Ikan Baung Sambal Tumis Berlengkuas


...Resepi Ikan Baung Sambal Tumis Berlengkuas...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan baung
20 bj cili kering
1 labu bwg besar
2 inci lengkuas
3 btg serai
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 pelepah daun kari
sedikit air asam jawa
gula/ garam



Cara-cara:-

1. ikan baung dipotong dan dicuci bersih dgn air limau nipis dan garam.
2. cili kering, serai, lengkuas , bwg besar - semuanya diblend

3. panaskan minyak tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga kuning.
4. masukkan bahan blend tadi dan sedikit gula masak sampai pecah minyak.
5. masukkan air asam jawa, jika perlu boleh tambah sedikit air lagi , masak sampai mendidih baru masukkan ikan dan perasakan dgn garam dan gula..

selamat mencuba




Saturday 15 December 2012

Ikan Talapia Masak Lemak Tempoyak dgn Petai


Ikan talapia ni akak beli kat pasar malam Tmn Arkid, sekilo RM 8.00  dapatlah 2 ekor.. dlm perancangan tu  nak buat masak lemak tempoyak, pasai tempoyak kat dalam peti ais tu masih banyak lagi... jalan2 lagi nampak pak cik tua jual petai, akak memang tak tahan tengok petai nii.. rasa macam rugi kalau tak beli...akak beli 5 papan rm 4.00, dah cukuplah tu buat apa byk2kann...




Hari tu semasa akak balik Seremban, akak sempat singgah kat Restoran Tilapia Market ni kat belakang Columbia Hospital, kami  makan tengah hari kat situ, sedap jugak masakan depa,   yg akak paling suka tu laa Ikan Talapia Masak lemak tempoyak.. disebabkan tak puas makan kat situ, kat sini akak masak sendiri..huhuhu









Resepi ikan Talapia Masak Lemak Tempoyak Dgn Petai

Bahan-bahan:-
  •  2 ekor ikan talapia
  • 1 genggam cili padi
  • 3 btg serai- diketuk
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 3 sb tempoyak baru
  • daun kunyit
  • santan cair
  • santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
cara-cara:-
  1. ikan dibersihkan dgn air limau nipis dan garam utk mengurangkan bau hanyir..
  2. cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus.
  3. sediakan periuk, masukkan santan cair, bahan tumbuk ,serai, asam dan kunyit serbuk, masak sehingga mendidih..
  4. masukkan tempoyak yg telah dicair dan sedikit air utk mengelak dari berketul.
  5. masukkan santan pekat..
  6. last masukkan ikan , masak hingga mendidih pastu letakkan daun kunyit...

Thursday 13 December 2012

i-city



                                                                                       




                                       


 Baru2 ni akak bawa anak2 pi melawat  i-city .. akak tak pernah sampai  lagi pun tempat tuu, dok tengok dlm gambar jer sebelum ni.. cian kann...ni la baru  first time pi  , hari tu kami sampai terawal sikit...so mau xmau kena masuklah jugak.. budak2 ni dah dok bising tak habis2, tengah panas giler pulak  time tu.. 


  


Masa nak beli tiket tu, akak tanya budak kaunter tu..adik sejuk tak kat dlm tu, dia jawab.. sejuk la jugak..kenapa kak??  kalau tak sejuk akak tak naklah pakai baju coat ni.. dia jawab.. tak apa, kalau kak tak nak pasai ,kak pegang jerlah.. habis kasut pun kena pakai jugak ker...dia jawab..kasut kena sewa kak.. kalau tak nak pakai kasut boot tu pun tak pa...kalau akak boleh tahanlah...ok jer...
Pastu kami pun terus masuklah..tak sampai 5 minit, akak dah terasa sejuk..tapi akak buat cool jer...terus jalan lagi....pastu 1,2, 3 lariiiii.... hahaha ... sejukknyaa yaAllah...cam duduk dlm peti ais yg beku tuu..
Akak cabut keluar dulu, tak boleh jadi  kalau macam ni, kena pi cari kasut boot tadi  tu ,  sampai jer kat pintu keluar tu, budak kaunter tadi dia ternampak akak ..terus dia tanya,, sejuk  ker kak !! sambil dia tersenyeh...


Best lahh kat dalam tu, budak2 ni semua happy sangat, maklumlah tak pergi jumpa salji, jumpa ais pun jadilahkannn.. yang bestnya kat tempat ni, kita boleh keluar masuk berulang-kali sampai kite puas hati......
Sejuk betoi lah kat dalam tu, habis kebas kaki tangan akak, tak boleh tahan.... lepas jer akak keluar, budak2 tu pun keluar , depa pun tak tahan jugak..hahaha..semua pakat pi cari kasut dgn stoking..hihihi ambil engkau...






budak kenit dah kesejukan, cian anak mama ni...




sejuk giler....



budak kenit siap guling2 atas ais...hihihi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...