Sunday 24 February 2013

Gulai Daging Burung Power


Assalamualaikum..
Hari ini akak nak masak gulai burung pulak, sudah lama benar akak tak makan gulai burung ni, bukannya apa , pasainya susah bebenor  nak dapat burung sekarang ini, hendak menembak burung pun ikut musim jugak, kira nasiblah kalau dapat.. biasanya pada hari minggu  en.suami dn kawan2nya akan pergi menembak burung, kemana-mana saja dia orang ni pergi menembak, didalam hutanlah, dalam ladang kelapa sawitlah, dlm sawah padi dan banyak tempat lagi yg dia orang sudah pergi, akak pun dah tak ingat, akak ni  teringin jugaklah nak mengikut tapi en.suami tak bagi ikut.....sedihhh sangattt...

Hari ini en. suami bernasib agak baik, dia mendapat seekor burung yang akak pun tak tahu apa nama burung ini, burung yang agak besar , alhamdulilah rezeki kami ,dapatlah akak sekeluarga menjamu selera utk malam ni... sebaik saja en. suami pulang membawa burung yang dia dapat tu,  akak terus menjalankan kerja2 memproses membuang bulu dan melayur burung.... adui banyaknya kerja nak kena buat ni, leceh betui.. satu2nya kerja yang paling akak tak suka nak buat... pastu mula pulak kerja memasak, pada pengalaman akak apa pun jenis daging burung haruslah direbus terlebih dahulu sebelum dimasak kerana biasanya daging burung ini  agak liat dan mengambil masa yang lama untuk memasaknya... bagi memudahkan kerja akak masak dalam pressure cooker, sungguh menjimatkan masa dan gerenti daging empuk punya...

Resepi Gulai Burung Power
Bahan:
1 ekor burung - dilayur
5 Bawang putih - di tumbuk
5 bawang merah - di tumbuk
2 inci halia - di tumbuk
1 sb lada hitam-ditumbuk
2 btg serai- ditumbuk
2 tangkai daun kari
1 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah pelaga
1 kuntumBunga lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
2 paket rempah kari ayam/daging
1/2 sb Serbuk Jintan Manis
1/2 sb Serbuk ketumbar
1/2 serbuk kunyit
1 helai Daun Pandan
4 biji Ubi Kentang
santan dari 1 bj kelapa
garam/gula

Cara:
1. Burung yang telah dilayur tadi, direndam sekejab dgn tepung gandum dan air limau nipis bagi menghilangkan bau hanyir,  kemudian dicuci bersih dan dipotong kecil. 
2. sedia periuk , masukkan sedikit air , sedikit halia dan 2 bj bwg putih yg diketuk, rebus terlebih dahulu sehingga daging itik  empuk dan ketepikan...
3. Bancuh rempah kari , serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit dengan sedikit cawan air.
4. Panaskan minyak tumis daun kari, daun pandan, bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih  hingga naik wangi.
5.  Masukkan rempah2 tadi dan kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan lada hitam, serai , bawang besar yg ditumbuk halus dan  masukan sedikit air biar hingga  mendidih..
6.  masukkan daging burung yg telah direbus tadi dan ubi kentang yg dikerat dua,  biarkan kuah mendidih sebentar.
7. Masukkan santan dan kacau hingga sebati dan biar merenih hingga daging burung tadi benar-benar lembut.
8. perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
 selamat  mencuba...


SuP Burung Merpati Berempah

Assalamualaikum...

Sup burung merpati ini akak buat untuk dinner malam ni, petang tadi en. suami menembak burung merpati liar yang sememangnya banyak dekat persekitaran  rumah akak ni, gemuk2 burung2 ni geram pulak akak tengok, burung ni cuma dapat 2 ekor aje,  alahai hendak dimasak apa sikit bebenor, setakat nak buat sup tu bolehlah,  ratah2 sikit utk malam ni ... resepi asal dari Chef Sabri..
Sebenarnya burung merpati ni banyak khasiatnya, banyak orang yang tak tahu diantaranya...

Khasiat Daging Burung Merpati
Sumber:http://melayukini.net

Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.

Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
penyakit lembik.
penyakit kebas-kebas badan.
penyakit lumpuh.

Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
Menguatkan tenaga jimak
Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…

Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita

Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.

Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.

Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati ini 2-3 kali seminggu.

Melayukini.net - Keberhasilan tentang sesuatu benda yang ktia usahakan adakalanya datang dengan cepat ataupun sebalik. Kita perlu snetiasa berusaha dan bertawakal di penghujungnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan atas izin Allah SWT. Jadi selepas ini boleh mencari burung merpati untuk dijadikan sebagai satu makanan yang berkhasiat.


Resepi Sup Burung Merpati Berempah
penyediaan: 4 orang
Masa: 30 minit
Resepi Asal: Chef Sabri

Bahan:
4 ekor Burung merpati - di bersih dan di potong 4
4 liter Air
2 sudu Minyak masak ( Sudu Makan )
1 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1/2 inci Halia - di mayang halus
1 ulas Bawang besar di potong dadu
1pkt serbuk perencah sup - Adabi
1 Sup bujut adabi
30g Lobak merah - di potong dadu
30 g celery - di buang kulit dan di potong dadu
20g Kismis
80g Ubi kentang
2 kuib serbuk perasa ayam
1 biji Air perahan limau nipis
Garam secukup rasa

Cara:
1. Bancuh serbuk perencah sup dengan sedikit air.
2. Panas periuk , kemudian masukan minyak , bawang putih, halia dan kacau hingga naik bau.
3. Masukan bancuh perencah sup dan kacau hingga pecah minyak
4. Masukan air, burung merpati dan bahan-bahan yang lain.
5. Biar hingga mendidik selama 20 - 30 minit.
6. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan bawang goreng.


Saturday 23 February 2013

Roti Bakar Sambal Sardin ala-ala Pizza


Assalamulaikum...

Hari ini sarapan ala2 orang putih la pulak... Roti Bakar Sambal Sardin ala2 cam pizza gitu, sebenarnya orang putih tak makan sambal sardin, sambal sardin ni orang melayu yang makan..  sebelum ni akak bakar roti dlm oven, kali ini akak nk cuba bakar dalam alat pemanggang ajaib pulak, tak sangka sedap pulak jadinya,  roti jadi rangguh sedap pulak tuu, boleh masak panas2 lagi, lagi pun kerja kita jadi cepat dan mudah ...  tapi kena jaga2 yaa , gunakan  api yg paling pelahan semasa membakarnya, kalau tidak  nanti roti ini bisa jadi hangus ya ibu-ibu.....
Sambal sardin ini  baki semalam punya tak habis, pada mula tu akak ingat hendak buat inti daging, tapi sayang pulak kat sambal sardin  ni,  jadi akak panaskan balik sambal tu biar sedikit kering dan isi ikan sardin tu akak lenyekkan cam kita buat sandwish, jadi akak trylah bubuh tengok, rupa2nya bila dah jadi sedapp pulakk  eehhh....

Resepi Roti Bakar Sambal Sardin ala2 Pizza

Bahan-2
1 bungkus Roti Gardenia
1 bungkus sosej-dipanggang
1 mangkuk sambal tumis sardin
1/2 mangkuk mayonis
1/2 mangkuk sos cili
sedikit seaweed-digunting halus
Monzarella cheeze
 Cheeze slices

Cara-caranya:




1.  sosej dipanggang terlebih dahulu, kemudian dihiris serong dan nipis..








bahan-2 asas
1.  sambal tumis sardin
2. sosej
3. mayonis dan sos cili- digaul sekali






seaweed- digunting halus utk ditabur ( kalau tak letak pun tak apa)
ni saja akak nk letak pasai ada lagi baki2 en suami bawa balik dari korea  dulu...







akak guna pemanggang ajaib ni utk membakar.. mudah dan cepat.. ( kalau tak ada bakar dlm oven pun boleh..)





1.  mula2 sapu roti dgn sos majonis+sos cili..
2.  pastu letak sambal sardin, sapu rata..
3.  letak sedikit sosej..
4. tabur dgn cheeze..
5.  tutup alat pemanggang dan bakar sehingga cheeze cair..
6. buka dan tabur dgn seaweed, tutup dan bakar balik sebentar..
sedia dihidangkan.... sedap dimakan panas-panas....


 

Friday 22 February 2013

Ikan Siakap Stim Limau


Assalamualaikum..

Hari ini akak masak ikan siakap stim limau, masakan ni sememangnya menjadi kegemaran keluarga akak, tak perlulah hendak risau gerenti habis punya.. pagi tadi akak pergi pasar tani, ternampak ikan ni, nampak segar sangat tu yang beli  2 ekor , satu dah masak, yang lagi satu ingat hendak simpan  utk masak  besok pulak...
Ikan siakap ni kalau masak apa pun sedapkan, tambah2 lagi jika ikan baru....emmmpp manis sangat isinya, akak ni kalau masak stim suka yang berkuah sikit, ada rasa masam dan manisnya, buat gaul dengan nasi sedappp.....

 Resepi Ikan Siakap Stim Limau


Bahan2:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai-dihiris nipis2
5 biji cili padi-di hiris
5 ulas bawang putih-di hiris
1 labu bawang besar-di potong 
1 inci halia-di hiris
2 biji limau  jeruk -dibelah dua@ jus limau
1/2 cawan air suam-lebihkan kalau suka kuah lebih
1 ketul kiub ikan bilis 
sedikit cendawan segar- dihiris nipis
1 bj tomato segar-dihiris
1 tangkai daun ketumbar-di potong pendek

Cara2:
1.  Bersihkan ikan, gaulkan dengan garam dan limau , perap lebih kurang 15 minit..
2.  Panaskan kukusan,  didalam bekas yang sesuai masukkan air suam dan kuib pati ikan bilis.
3. kemudian masukkan ikan dan taburkan semua bahan2 yang dihiris.
4.   kukus lebih kurang 30 minit sehingga ikan masak.
5.  Setelah ikan masak, angkat dan taburkan daun ketumbar dan juga hirisan tomato.

...selamat mencuba...



Thursday 21 February 2013

Gulai Daging Kawah- Resepi Chef Sabri


Assalamualaikum...

Gulai Daging Kawah.. kebiasaannya  dihidangkan  dimajlis-majlis kenduri kendara, cara memasak  dengan menggunakan kawah yang besar akan menghasilkan kuah yang agak sedikit gelap jika dibandingkan dengan menggunakan periuk biasa...
Di kampung  skrg ini pun masih lagi ada yang melakukan kenduri kawin dengan bergotong royong , rasanya cukup meriah dan amat seronoh sekali disamping dapat mengukuh dan mengeratkan lagi talisiratulrahim sesama keluarga..
Resepi yang akak dapat kali ini adalah dari airtangan Chef Sabri yang terkenal itu, memandangkan resepi asal adalah utk 1000 orang makan,  jadi pandai2 kita ejas sendiri yaa...


RESIPI: GULAI KAWAH
PENYEDIAAN: 1000 ORANG
MASA PENYEDIAAN: 3 JAM

BAHAN:
1 ekor Lembu - di lapah dan di potong saiz 2 inci
20 lit santan cair
10 lit Santan pekat

PES BANCUHAN REMPAH GULAI KAWAH
10 kg Serbuk rempah kari
2 kg serbuk cili
1 kg serbuk jintan manis
1 kg serbuk ketumbar
1 kg serbuk jintan putih

BAHAN YANG DI KISAR
1 kg Halia
2 kg Bawang putih
4 kg Bawang besar

BAHAN PERASA & AROMA
20 keping Gula melaka
1 kg Gula pasir
6 cawan garam kasar
5 lit kicap cair
10 kg umbut batang kelapa atau pisang muda ( Jika perlu)
2 kg Minyak sapi
2 cawan serbuk perasa
10 kg kerisik kelapa

cara:
1. Panaskan kawah, masukan minyak sapi, 2 lit minyak masak, kemudian masukan bahan- bahan yang di kisar dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan daging dan kacau hingga air daging keluar dan biar ia mendidih selama 1 jam hingga daging hampir empuk.
3. Kemudian masukan serbuk bancuhan rempah yang telah di bancuh dengan air, kemudia masukan 1 cawan kulit kayu manis, 1 cawan buah pelaga dan 1 cawan bunga cengkih.
4. Kacau hingga rata selama 30 minit, kemudian masukan santan cair dan kacau lagi selama 30 minit.
5. kemudian masukan santan pekat,kerisik kelapa,kicap , umbut kelapa atau pisang muda.
6. Kacau hingga pisang lembut dan daging empuk, kemudian masukan gula melaka, garam. gula pasir dan garam secukup rasa.
7. setelah siap hias dengan bawang goreng.

TIP: DI SEBELAH KELANTAN GULAI KAWAH DI MASUKAN BUDU, KELAPA GORENG KERING KEMUDIAN DI TUMBUK. UNTUK MEMUDAHKAN PELACARAN LEMAK SEMASA MAKAN GULAI KAWAH, AMALKAN MEMAKAN HIDANGAN YANG MASAM SEPERTI ACAR TIMUN NENAS.



RESIPI: ACAR TIMUN NENAS
PENYEDIAAN: 500 ORANG
MASA: 30 MINIT.

BAHAN;
15 kg Timun - di buang biji di potong sebesar jari halus
10 kg lobak merah - di buang kulit di potong mayang
5 kg cili merah - di buang biji - di potong mayang
15 kg nenas di buang kulit - di hiris nipis
10 lit Air gula pasir ( syrup gula )
3 lit Cuka - secukup rasa
1/2 cawan Kulit kayu manis
1/2 cawan bunga lawang - (jika perlu)
2 cawan Garam kasar - secukup rasa

Cara:
1. masukan semua bahan-bahan dalam basin besar dan gaul hingga rata .

Tip : untuk memasti kesegaran, jangan buat terlalu awal, sebaliknya 30 minit sebelum semua menu utama di hidangkan.


Monday 18 February 2013

Lokan Masak Kicap Berempah


Assalamualaikum

 Lokan adalah sejenis siput laut bercangkerang dan mempunyai rasa manis seakan-akan kerang, yang banyak terdapat dikawasan yang berlumpur di pinggir laut. Namun kerja mencari lokan bukanlah sesuatu yang mudah, kadang-kala si pencari terpaksa berjemur di bawah terik matahari selain perlu mengharungi lumpur yang boleh mencecah hingga paras pinggang. Daya ketahanan lokan yang boleh hidup lama meskipun tidak berada di dalam air membuatkannya sentiasa segar.


Resepi Lokan Masak Kicap Berempah

Bahan-bahan:-
3 kilo lokan
1 inci kuli kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
3 ulas bwg merah
3 ulaas bwg putih
1 inci halia
 5 bj cili padi
1 sb rempah kurma
1 sb cili kisar
sos tiram
kicap manis
3 bji ubi kentang



Cara-cara:-

1.  bersihkan lokan dgn berus utk menghilangkn kotoran yg melekat pada kulitnya.

2.  Rebuskan lokan dlm air mendidih..




3.  kemudian asingkan isinya dan buang air rebusannya..

4.  Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.

5.  kemudian masukkan jintan manis, jintan putih , halia, bwg merah dan bwg putih yg ditumbuk halus terlebih dahulu, kacau hingga wangi...

5.  masukkan rempah kurma, cili kisar , biarkan sekejab hingga pecah minyaknya, kemudian  masukkan sos tiram dan kicap manis 
6.  masukkan ubi kentang yg dipotong empat dan sedikit air masak hingga ubi kentang empuk..

7.  masukkan isi  lokan tadi, cili padi yg dibelah dua, perasa dgn gula dan garam.




Sunday 17 February 2013

Mee Rebus Ketam Nipah

Assalamualaikum..

Hari ini akak masak Mee Rebus Ketam Nipah, ketam nipah ni akak beli dekat kawan akak yg suami dia memang kerjanya mencari ketam sebagai kerja sampingan.. geramnya akak tengok ketam yg dia dapat ni besar2 pulak tu, akak paling suka makan telor ketam...mak ooii tak tau nak cakap kalau  dapat makan telor ketam ni  sedapppnya....
Ketam2 ni biasanya dijual hidup2, dan boleh disimpan diluar dan boleh bertahan lebih kurang dua,tiga hari.. jangan disimpan dlm peti sejuk, nanti isi ketam akan mengecut selepas dimasak.. satu2nya  bablah yang leceh bila nak menyiangnya, kenalah hati2 sikit takut nanti kena sepit dgn ketam... biasanya kalau akak nak masak , ketam ini akak simpan dlm peti ais yg beku tu sekejab, biar dia mati kesejukkan barulah akak kupas kulitnya,  kejamkannn.....





Resepi Mee Rebus Ketam..

6 ekor ketam
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1/2 cwn cili kisar
1 labu bwg besar
2 sb udang kering
2 sb sos tiram
5 biji ubi kentang yg rebus
gula/garam

Bahan hiasan
3 ketul fish cake
daun bwg/daun sup
cili merah hiris nipis
bwg goreng
limau nipis
  
Cara-caranya:-
1. Ketam dibersihkan dgn cara memberus kulitnya utk membuang kotoran...
2.  Panaskan minyak, tumis bwg merah,bwg putih dan udang kering yg ditumbuk halus hingga wangi.
3.  masukkan cili kisar dan bwg besar yg telah dikisar dan jugak sos tiram, kacau hingga pecah minyaknya.
4.   masukkan ubi kentang rebus yg telah dikisar yg air dan boleh tambahkan  air ikut kepekatan yg kita mahu..
5.  biar hingga kuah mendidih , boleh masukkan ketam dan perasa dgn gula dan garam..

* akak suka masukkan ketam sekor-sekor




Friday 15 February 2013

Gulai Ikan Darat Dgn Ubi Kemili


Assalamualaikum
Hari ni akak masak Gulai Ikan Keli campur dgn Ikan puyu, orang utara panggil ikan darat.. skrg dekat sini tengah mengila musim ikan ni laa, bendang tengah air dok mengering jadi banyaklah ikan ni, hari ni ikan ni akak nak masak buat gulai dgn ubi kemili, ubi kemili ni pun bukannya selalu ada , susah jugak nak dapat ni , kena cari dekat pasar tani, tu pun kadang2 tak ada jugak... 
Ceritanya , lepas subuh tadi en suami keluar pergi menembak burung dgn kawan dia kat area Penaga katanya, selalunya dlm kul 11 pagi dia akan sampai rumah dah,  tapi hari ni dekat pukul 12 lebih belum sampai rumah lagi.. agaknya burung banyak kot, akak dok pikiq sorang2....
tut-tut dekat pukul satu , baru en suami balik,  balik bawa ikan pulak....kata pergi menembak mana burungnya bangg....kata suami, tadi kami sudah pergi tapi dlm perjalanan kawan dia sakit perut pulak ..kena cirit birit sampai termuntah-muntah,, terus balik pergi klinik , tak jadilah pergi menembak hari ini....dlm hati akak berkata2,,.. boleh percaya ke niii!!!!!


Resepi Ikan Darat Dgn Ubi Kemili

Bahan-bahan;
Ikan Puyu @ Ikan Keli @ Ikan Haruan
1/2 kilo ubi kemili
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sk halba campur
1,2 sb jintan manis
1/2 sb jintah putih
1/2 rempah biji
1 labu bwg besar
3 sb rempah ikan
air asam jawa
santan 
daun kesom
garam

Cara-caranya:
  • panaskan minyak, tumis halba campur dan bawang putih dan bawang merah hingga kuning..
  • masukkan jintan manis, jintan putih, rempah biji dan bwg besar yg ditumbuk halus terlebih dulu..tumis sampai wangi..
  • masukkan rempah dgn sedikit air, biar pecah minyak sedikit..
  • masukkan ubi kemili yg telah dikikis kulitnya dan dibelah dua, tambah sedikit air dan tutup dgn tudung periuk, biarkan masak sehingga ubi empuk..
  • boleh tambah santan dan air asam jawa
  • biarkan mendidih, masukkan ikan
  • last masukkan daun kesom dan garam...
* gulai ni sedap dimakan cair-cair
* kegunaan daun kesom bagi menhilangkan bau hanyir ikan..


Thursday 7 February 2013

Nasi Lemak Special


Assalamualaikum...

Salam pagi jumaat yg mulia, semoga kita mendapat berkat dipagi yg ceria ini....pagi ini akak  bangun awal pasai sat lagi pukul 8 pagi ini akak nak kena pergi dengar kursus haji dan umrah dekat kampung akak ni, jadi akak terpaksa sedia sarapan pagi dulu kat anak2 ni sebelum depa bangun sat lagi...
Rendang daging akak dah masak terlebih dulu semalam, tinggal pagi ni saja masak nasi dgn buat sambal tumis...dlm nasi lemak kali ni akak ada taruh sedikit daun salam, mak oii sedap pulak rasanya, ada rasa satu kelainan ,  rasa macam sedikit lemak dan nasi jadi wangi pulak tuu.....


Resepi Nasi Lemak Daun Salam

Bahan-bahan:

5 pot beras brasmati
8 pot santan 
2 daun pandan-disimpul
3 helai daun salam
2 inci halia-diketuk
3 btg serai-diketuk
1/2 sk halba
garam/gula

cara-cara:
1.  masukkkan semua bahan kedlm periuk kecuali beras dan masak hingga santan mendidih dgn mengguna api sedehana..
2.  bila santan sudah mendidih masukkan beras dan tutup tudung periuk, masak dgn mengguna api pelahan hingga nasi masak.
3.  dan boleh pindahkan kedlm rice cooker..



Rendang Daging Minang

1 kilo daging
1/2 kilo santan pekat
rempah 4 beradik
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1/2 cwn kerisik
5 btg serai *
1 ketul halia *
2 inci lengkuas *
3 bj bwg besar*
15 cili kering kisar *
10 bj cili padi *
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
garam/gula

semua bahan yg *  ditumbuk kasar terlebih dahulu pastu baru dimesin halus...

Cara-cara:
1.  sediakan periuk, masak santan terlebih dahulu hingga pecah minyaknya..ketepikan..
2.  sediakan kuali, panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, bawang merah dan bawang merah hingga kekuningan.
3.  masukkan bahan yg dikisar halus tadi, kacau hingga pecah minyaknya..
4. masukkan daging, kacau rata hingga daging empuk, baru masukkan santan yg telah dimasak tadi dan juga kerisik..
5.  perasa dgn gula dan garam, akhir sekali barulah  masukkan daun kunyit dan daun limau purut yg telah dihiris halus, masak hingga kuah pekat dan pecah minyaknya...


Saturday 2 February 2013

Kambing Masak Madras ~ Resepi Warisan Keluarga



Assalamualaikum..

Resepi Kambing Masak Madras ini adalah resepi warisan keluarga akak, arwah mak akak dulu kalau masak daging kambing nilah resepi yang dia selalu buat, akak tak tahu pulak mana arwah mak ni dapat resepi ni , sedar2 akak dari kecik lagi akak sudah dok makan masakan ni,  mak akak ni ada darah kacukan keling dari Madras, kata arwah mak..arwah moyang keling hang tu mai dari India pastu kawin dgn org melayu kat sini, dapatlah tokwan keling hang ni... tapi muka akak ni taklah macam keling pulak , nasib baik lagi tapi macam muka heroin Hindustan adalah....perasan sendiri ..kahkahkah..



Resepi Kambing Masak Madras

1 kilo daging kambing-potong besar
2 cwn santan pekat
daun ketumbar/daun pudina
10 bj badam/gajus- disangai dan ditumbuk halus

Bahan A:
15 Cabai Kering- dikisar
2 bj tomato merah-hiris nipis
1/2 s/b serbuk kas-kas
2 s/b tomato puree
1 herai daun kari *
2 btg serai *
1 inci lengkuas *
1 ketul halia *
3 bj bawang besar *
5 ulas bawang putih *
5 buah pelaga *
1 sb lada hitam *
gula/garam


Bahan tumis:
minyak sapi
1 tangkai daun kari
1 btg kulit k.manis
5 bj bunga cengkih
1 helai daun pandan

semua bahan2 yg bertanda * harus ditumbuk kasar terlebih dahulu kemudian baru dimesin halus ..


cara-cara:

1.  panaskan minyak sapi, boleh ditambah sedikit minyak biasa jugak dan  tumis bahan2 penumis .
2.  masukkan bwg besar dan bwg putih yg dikisar, tumis  sehingga wangi.
3. masukkan  bahan2 yg bertanda * yg dikisar tadi, cili kering yg dikisar, daun kari boleh dimesin sekali dgn cili kisar , badam kisar dan daun ketumbar yg dihiris halus,  tumis lagi hingga pecah minyaknya.. 
4.  masukkan pulak tomato yg dihiris nipis tadi, gaul hingga rata dan masak hingga tomato sedikit hancur , dan masukkan tomato puree.. 
5.  baru masukkan daging, gaul rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat dan pecah minyaknya, baru masukkan serbuk kas2 dan  santan pekat tadi..
6. masak hingga daging empuk dan pecah minyak dan kuah sedikit pekat, perasa dgn garam dan gula..

* kuah daging ini rasanya sedikit pedas, masam dan manis...

 selamat mencuba...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...