Salam ceria.. hari ni akak nak bercerita pasai Bengkang Labu, orang belah Utara ni panggil Bengkang..orang Selatan pulak panggil Bingka, apa2 pun panggilannya benda tu adalah benda yg sama..., hari Jumaat lepas akak ada pi dengar kursus Haji Bersiri yg dikendalikan oleh Ustaz Mat Teh O, beliau ni merupakan salah seorang penceramah bebas yg terkenal disebelah utara ni, dalam masa 3 jam ustaz tu dok beri ceramah , macam2 pengajaran yg akak dapat...
Salah satunya berkisah pasai labu ni, kata ustaz kalau pi Mekah pada musim haji ni, kat sana bakal2 haji ni sering dihidangkan dengan masakan berasaskan labu , betoi kaa??? dia kata ada jugak jemaah kita dok merungut kerna asyik dok jamu depa makan sayur labu ni.. depa dok kata, nak bagi depa sakit urat lah..berangin satu badanlah dan macam2 lah.. .pening kepala saya nak layan depa..kata ustaz..tulaa depa tak tau, yang sebenarnya Labu ni merupakan makanan kegemaran Nabi Muhamad saw.. kata ustaz tu lagi..Sabda Nabi SAW., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga bersabda,"Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal." oohhhh saya baru tauu... pasni mari kita makan Labuuu...
Resepi bengkang Labu
Sumber: Spices Journey@blogspot
- 500 gm labu kuning
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sb tepung jagung
- 300 gm susu cair
- 100 ml santan pekat
- 4 bj telur saiz A
- 3/4 cawan gula kaster
- 1/2 cawan butter
- 1/4 sudu garam
- 1 sk serbuk kayu manis
- 2 helai daun pandan
- 1 sk vanilla
- sedikit bijan
- 2-3 titik pewarna kuning
- rebus labu hingga empuk, toskan air dan lenyek.
- panaskan oven 160 c selama 10-20 minit, griskan bekas yg hendak digunakan..
- satukan semua bahan diatas dan gaul rata.
- tuangkan bahan kedlm loyang dan bakar 15-20 minit dulu..
- keluarkan sebentar utk ditabur bijan
- kemudian bakar semula selama 45 minit hingga masak..
- setelah masak, sapukan butter @ margerin diatas permukaan bengkang..
- sejukkan dulu sebelum dipotong..
No comments:
Post a Comment