Saturday, 8 December 2012

Asam Pedas Keladi Kedah


Sayur batang keladi ni kalau makan dgn nasi ulam.. perrrhh sedapnyaaa... dulu2 sayur ni yg arwah mak akak selalu masak utk kami adik-beradik, makan dgn ikan goreng pun dah cukup sedapp... budak2 sekarang ni kalau tak diajar makan benda2 cam ni, tak mahu dia nak makan... disebabkan akak selalu masak so kena lah depa makan jugak...hihihi 
keladi ni akak ambil kat kampung , tu pun tak banyak dah yg  tinggal.. mati dak kena racun...huhuhu.. nk ambil pun kena ada caranya.. takut kang nanti gatal satu badan, jahanam satu periukkann...kata arwah mak akak keladi ni kalau dah ambil, pantangnya jangan  dilangkah, kalau dah siang tu jgn basuh dulu atau redam dulu.. masa nak masak baru basuh dan terus masak...gituuu...jom layan resepi...




Bahan-bahan:-

  •  1 perdu btg keladi
  • 500 air
  • 10 bj cabai kering
  • sedikit belacan
  • 1 labu bwg besar
  • sedikit ikan bilis
  • 1 sk ketumbar biji
  • 1 sk lada hitam
  • 2 ekor ikan kembung rebus- ambil isi saja
  • 6 keping asam gelugor
  • sedikit daun kesom
  • 1 btg bunga kantan
  • garam
cara-cara:-
  • keladi di kupas kulitnya dan dipotong serong sepanjang 2 inci lalu direbus terlebih dahulu sehingga sedikit kecut dan toskan...
  • cabai kering , bwng besar dan belacan - diblend
  • ketumbar , lada hitam dan ikan bilis -ditumbuk kasar
  • semua bahan2 diatas dan asam gelugor kecuali keladi dimasak sehingga mendidih dulu..
  • baru masukkan sayur keladi dan isi ikan tadi..
  • masukkan bunga kantan yg dibelah 4 dan daun kesom..
  • perasa dgn garam dan ajinamoto...

No comments:

Post a Comment