Monday, 3 December 2012

Ikan Baung Masak Lemak Tempoyak


Musim buah kayu dah pun bermula kalau dilihat ditepi2 jalan dan sekitar pasar malam, bersepah org menjual buah rambutan dan buah durian sekarang ini. Harga sekitar RM 5 sekilo dah kira elok isinya...so kalau dah murah ni boleh lah beli banyak2 , boleh buat tempoyakkannn..


Hari tu En. Husben ada ler beli beberapa biji buah durian, yg elok tu dia makan, yg kurang elok tu akak kutiplah buat tempoyak, agak2 dapatlah satu balang, cukuplah.. tu pun tahan bebulan kalau rajin  masaklah.. kalau malas  tahan bertahun jawapnya..huhuhu


... Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak...


Bahan-bahan:-
  • 2 ekor ikan baung
  • secekak cili padi
  • 3 sb tempoyak 
  • 2 btg serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • santan cair
  • santan pekat
  • sedikit daun kesom


cara-cara:-
  • ikan baung dicuci bersih mengguna limau nipis..
  • tumbuk halus cili padi dan kunyit hidup..
  • serai dititik
  • masukkan santan cair, bahan tumbuk dan serai, masak sehingga mendidih..
  • masukkan tempoyak, tempoyak dicairkan dulu dgn sedikit air..supaya tidak berketul..
  • masukkan ikan..
  • baru masukkan santan pekat dan daun kesom..
  • dgn menggunakan api pelahan masak sehingga mendidih..



1 comment: