Monday, 7 January 2013

Rahsia Permakanan Genius Islam


Rahsia Pemakanan Genius Islam

Pemakanan, sesuatu yang penting dalam hidup kita. Apa saja yang kita makan setiap hari, itulah yang akan menjadi darah daging kita. Jika ia berkhasiat, maka tubuh akan mendapat manfaatnya. Sebaliknya jika makanan yang diambil berlebihan dan tidak menepati keperluan, ia pasti akan menjejaskan kesihatan.

Justeru, setiap kita mempunyai amalan pemakanan tersendiri. Terpulang, tepuk dada tanya selera! Bagaimanapun, tahukah kita tentang pemakanan genius-genius Islam terdahulu. Inilah antara rahsia keajaiban daya intelek mereka dan membolehkan mereka bergelar cerdik pandai.

Formula pemakanan genius-genius ini telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan serta menarik minat para ilmuan untuk mengkajinya.

Jika ingin tahu, ini adalah senarai makanan yang diamalkan oleh para genius Islam terdahulu untuk meningkatkan kepintaran dan menguatkan daya ingatan.

1) MADU





Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Ada yang menggelarnya “Raja Ubat” kerana keupayaannya menyembuhkan banyak penyakit.

Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan daya ingatan. Madu juga memiliki zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan sebagainya.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda “Siapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu."Selain itu madu didapati mujarab untuk menghindarkan kepenatan otak setelah bekerja.Cara meminum madu yang disyorkan : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Khasiat madu boleh menjadi tawar.



2) KISMIS




Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i) Menghadap Kiblat

ii) Membaca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Membaca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Kurang berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


2) SUSU SEGAR




Seperti yang diakui, susu amat berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu sinonim sebagai makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang diperlukan tubuh seperti karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Sesuatu yang tidak diketahui, susu menjadi penawar bagi penyakit lupa. Rasulullah SAW sendiri menerangkan susu boleh menguatkan belakang, mencerdaskan akal dan memperbaiki penglihatan.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu segar bagaimanapun diakui lebih berkhasiat daripada susu yang sudah diproses menjadi susu tepung.

CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah SAW.


4) TELUR




Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka ALLAH SWT memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA




Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



6) LIMAU OREN




Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi SAW. Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA




Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.”



8) DAGING BURUNG MERPATI




Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM




Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM







Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakan daging ayam betina.



11) DAGING BIRI-BIRI





Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI





Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



13) KEKACANG





Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM





Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)




Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)






Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS





Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKIH




Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU



Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi SAW., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga bersabda,"Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal."



20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)




Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.



21) MINYAK SAPI






Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR




Juga membantu meningkatkan akal dan memori


Sumber:- http://masyarakat.dunyahalal.com
Terima kasih kepada Estidotmy, Utusan Malaysia ( Mac 2007 ) atas maklumat yang diberikan...

1 comment: