Saturday, 9 March 2013

Resepi Capati Lembut Dgn Kari Ayam Pakistan Special


RESEPI CHAPATI
sumber: http://fzmenu.blogspot.com/2011/10/cara-membuat-chapati.html

1 cawan tepung atta
garam secubit dua
air suam secukupnya
minyak untuk sebatikan doh. *lebihkurang 3 sudu besar*


CARA NAK BUAT CHAPATI:
Satukan tepung atta dengan garam dan air suam, gaul hingga jadi doh yang lembut.
Renjiskan sedikit demi sedikit minyak sampai doh jadi sempurna, agak licin dan dah tak brape melekat di jari.
Perapkan sekejap bawah mangkuk selama 10 - 15 minit.
Mula panaskan kuali leper*kuali kena betul2 panas semasa memasak chapati*
Bahagikan doh pada 8 bebola. Bulat2kan dan leperkan. Celup dua tiga kali dalam tepung attar semasa mencanai *agar tidak melekat di jari/penggelek.
Mulakan memasak chapati dengan api yang kecil.


APA AKAN JADI SEMASA MEMASAK CHAPATI?
Akan kelihatan gelembung2 selepas seminit dua dimasak.
Terbalikkan, biar kelihatan lagi gelembung2 seperti yang mula2 tadi.
Terbalikkan lagi (second round) kemudian tekan2 permukaan chapati dengan sodep... kita boleh nampak chapati pakat2 menggelembung naik.. :)
Terbalikkan yang sebelah lagi (final).
K dah siap, angkat dari kuali.
Chapati yang dah siap disapu dengan sedikit minyak sapi... waktu ni terbit aroma yang wangiii sesangat... :)
Terus mencanai chapati yang seterusnya hingga habis.
Sedia untuk dihidangkan dengan gulai ayam atau kuah sardin.. :))




Resepi Sambal Kentang
Bahan-bahan:
6 bj ubi kentang- dipotong bulat
2 sb cili kisar
2 ulas bwg putih-diketuk
1 cawan air panas
1 bj tomato segar- potong nipis
daun bawang/sup
sedikit garam

cara-cara: 
. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi
. masukkan cili kisar , kacau hingga pecah minyaknya.
. masukkan air panas dan kentang, ditutup tudung periuk.
. dikacau sekali sekala dan ditambah sedikit air hingga ubi kentang empuk..
. bila ubi sudah empuk dan kuahnya agak kering.
.masukkan garam dan perasa.
. masukkan tomato yg dihiris tadi.
. tutupkan api
. hiaskan dgn daun bawang/sup



Resepi Kari Ayam Pakistan Special

Bahan-bahan:
1 ekor ayam- potong 16
1 inci kulit kayu manis
5 bj buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 bj bwg besar-hiris halus
5 bj putih - ditumbuk*
1 inci halia - ditumbuk*
2 bj tomato segar-hiris nipis
3 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk masala
1 sb serbuk cili 
1 sb serbuk kunyit
1 cawan yogurt
air panas secukupnya
garam/ kuib ayam 


Cara-cara:-
  • panaskan minyak, gorengkan ayam separuh masak- angkat ketepikan...
  • dengan menggunakan sedikit minyak yg sama, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  • masukkan semua bawang besar yg dihiris, bawang putih dan halia, kacau hingga bawang tadi kuning dan layu..
  • masukkan kesemua rempah-rempah tadi, tambah sedikit air, kacau hingga pecah minyaknya..
  • masukkan air panas utk kuah, kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air lagi, biar sampai kuah mendidih..
  • masukkan ayam yg digoreng tadi, tomato yg dihiris dan juga yogurt..
  • biarkan mereneh sekejab, perasakan dgn garam  mengikut selera...
Selamat Mencuba...



Tuesday, 5 March 2013

Ikan Siakap 3 Rasa


Assalamualaikum...

Masakan hari ini Ikan Siakap Tiga Rasa, selalunya menggunakan  resepi sendiri tapi hari ini saja nak cuba resepi dari kawan2 kita kat blog masak2 ini,,memang tidak menghampakan,  tengok saja dah terliuqkan , ni belum lagi makan...sedappp....
Ikan ni akak tabur dgn sedikit tepung jagung dan garam kemudian digoreng garing, budak2 kat rumah ni pun suka makan dan ratah cam tu jer...

Siakap Tiga Rasa
Oleh:Naimah Md Ludin (FB Buku Resepi)

resepi:
Bahan A
1 ekor ikan siakap disiang bersih dan kelar2 badannya
serbuk kunyit n garam halus
minyak utk menggoreng

cara:
-gaul ikan dengan serbuk kunyit n garam halus
-panaskan minyak dan goreng sampai garing

Bahan B
1 senduk cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
5tangkai cili padi potong kecil2
1 labu bawang besar didadukan
1 biji tomato didadukan
2 ulas bawang putih hiris nipis
garam/gula
* 1 btg serai (boleh tmbah kalau suka)
minyak utk tumis (guna minyak goreng ikan tadi
*air (kalau pekat sgt)
cara:
-panaskan minyak..tumis bawang putih sampai kekuningan.
-masukkan cili boh dan masak sampai garing
-masukkan sos tomato,sos cili n sos tiram.kacau sebati
-masukkan timun dan bawang besar yang didadu.biar mddih
-masukkan cili padi,buah tomato dan nenas.perasakan garam dan gula
-kalau pekat sgt boleh tambah air
-masukkan ikan yg digoreng..balik2kan biar sebati sos dan ikan @ boleh terus siram atas ikan yg digoreng..sedia hidang