Assalamualaikum..
Salam pagi minggu yang penuh ceria kepada anda semua,.. pic ini sebenarnya sudah lama berada didalam kamera akak ni, tapi akak belum ada kesempatan utk diupdate dan diedit kerana sedikit sibuk kebelakangan ini, sebenarnya sedikit malas..kikiki
Hari ini kita hendak bercerita mengenai ketam pulak , ketam yg akak masak ni namanya ketam nipah, orang kat sini depa panggil ketam batu, pasainya kemungkinan kulit ketam ni yg agak keras macam batu kott.. ada orang cakap ketam ni tak boleh dimakan katanya benda yg dia hidup dua alam ni tak bisa dimakan,..yer kerrr.. tapi akak tak kisahlah,..asalkan namanya ketam , semuanya akak makan..huhuhu
Kebiasaan kalau akak beli ketam , akak suka masak sambal ketam macam nilah, satu lagi akak suka masak gulai ketam tumis darat campur dengan buah nenas, rasanya manis masam , makan pulak nasi dgn ikan kering goreng,,,daappppnyaa,, tapi tulah budak2 kat rumah ni, kalau gulai2 ni depa kuranglah sikit nak makan tuuu...
Resepi Ketam Bercili
1 kilo ketam
2 tangkai daun kari
3 sb cili kisar
1 sb cili serbuk
2 sb sos tiram
5 bj bawang merah*
5 bj bawang putih*
2 sb udang kering*
2 sb udang kering*
1 bj telor
gula
Cara-cara:
. ketam terlebih dulu dibersihkan, jgn diletak garam tauuu, kemudian digoreng kekuningan, jangan terlampau garing nanti keras tak sedap...
. panaskan minyak, tumis semua bahan2 yg bertanda * yg terlebih dulu ditumbuk halus, kemudian masukkan daun kari, tumis lagi hingga wangi..
. masukkan cili kisar, cili serbuk dan sedikit air kacau hingga terbik minyaknya..
. masukkan sos tiram dan gula..garam tu jgn dimasuk dulu, rasa dulu kalau xmasin baru kita bubuh sikit..boleh masukkan sedikit air jika mahu berkuah sedikit..
. boleh masukkan ketam yg digoreng tadi, balik-balikkan hingga rata..
. boleh pecahkan telur ditengah kuali, biar sedikit mengeras baru kacau-kacau lagi sehingga sebati dgn ketam..ok ..siap..

No comments:
Post a Comment