Assalamulaikum...
Hari ini sarapan ala2 orang putih la pulak... Roti Bakar Sambal Sardin ala2 cam pizza gitu, sebenarnya orang putih tak makan sambal sardin, sambal sardin ni orang melayu yang makan.. sebelum ni akak bakar roti dlm oven, kali ini akak nk cuba bakar dalam alat pemanggang ajaib pulak, tak sangka sedap pulak jadinya, roti jadi rangguh sedap pulak tuu, boleh masak panas2 lagi, lagi pun kerja kita jadi cepat dan mudah ... tapi kena jaga2 yaa , gunakan api yg paling pelahan semasa membakarnya, kalau tidak nanti roti ini bisa jadi hangus ya ibu-ibu.....
Sambal sardin ini baki semalam punya tak habis, pada mula tu akak ingat hendak buat inti daging, tapi sayang pulak kat sambal sardin ni, jadi akak panaskan balik sambal tu biar sedikit kering dan isi ikan sardin tu akak lenyekkan cam kita buat sandwish, jadi akak trylah bubuh tengok, rupa2nya bila dah jadi sedapp pulakk eehhh....
Resepi Roti Bakar Sambal Sardin ala2 Pizza
Bahan-2
1 bungkus Roti Gardenia
1 bungkus sosej-dipanggang
1 mangkuk sambal tumis sardin
1/2 mangkuk mayonis
1/2 mangkuk sos cili
sedikit seaweed-digunting halus
Monzarella cheeze
Cheeze slices
Cheeze slices
Cara-caranya:
1. sosej dipanggang terlebih dahulu, kemudian dihiris serong dan nipis..
bahan-2 asas
1. sambal tumis sardin
2. sosej
3. mayonis dan sos cili- digaul sekali
seaweed- digunting halus utk ditabur ( kalau tak letak pun tak apa)
ni saja akak nk letak pasai ada lagi baki2 en suami bawa balik dari korea dulu...
akak guna pemanggang ajaib ni utk membakar.. mudah dan cepat.. ( kalau tak ada bakar dlm oven pun boleh..)
1. mula2 sapu roti dgn sos majonis+sos cili..
2. pastu letak sambal sardin, sapu rata..
3. letak sedikit sosej..
4. tabur dgn cheeze..
5. tutup alat pemanggang dan bakar sehingga cheeze cair..
6. buka dan tabur dgn seaweed, tutup dan bakar balik sebentar..
sedia dihidangkan.... sedap dimakan panas-panas....
No comments:
Post a Comment