Sup burung merpati ini akak buat untuk dinner malam ni, petang tadi en. suami menembak burung merpati liar yang sememangnya banyak dekat persekitaran rumah akak ni, gemuk2 burung2 ni geram pulak akak tengok, burung ni cuma dapat 2 ekor aje, alahai hendak dimasak apa sikit bebenor, setakat nak buat sup tu bolehlah, ratah2 sikit utk malam ni ... resepi asal dari Chef Sabri..
Sebenarnya burung merpati ni banyak khasiatnya, banyak orang yang tak tahu diantaranya...
Khasiat Daging Burung Merpati
Sumber:http://melayukini.net
Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.
Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
penyakit lembik.
penyakit kebas-kebas badan.
penyakit lumpuh.
Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
Menguatkan tenaga jimak
Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…
Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita
Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.
Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.
Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati ini 2-3 kali seminggu.
Melayukini.net - Keberhasilan tentang sesuatu benda yang ktia usahakan adakalanya datang dengan cepat ataupun sebalik. Kita perlu snetiasa berusaha dan bertawakal di penghujungnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan atas izin Allah SWT. Jadi selepas ini boleh mencari burung merpati untuk dijadikan sebagai satu makanan yang berkhasiat.
Resepi Sup Burung Merpati Berempah
penyediaan: 4 orang
Masa: 30 minit
Resepi Asal: Chef Sabri
Bahan:
4 ekor Burung merpati - di bersih dan di potong 4
4 liter Air
2 sudu Minyak masak ( Sudu Makan )
1 ulas Bawang putih - di hiris nipis
1/2 inci Halia - di mayang halus
1 ulas Bawang besar di potong dadu
1pkt serbuk perencah sup - Adabi
1 Sup bujut adabi
30g Lobak merah - di potong dadu
30 g celery - di buang kulit dan di potong dadu
20g Kismis
80g Ubi kentang
2 kuib serbuk perasa ayam
1 biji Air perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Cara:
1. Bancuh serbuk perencah sup dengan sedikit air.
2. Panas periuk , kemudian masukan minyak , bawang putih, halia dan kacau hingga naik bau.
3. Masukan bancuh perencah sup dan kacau hingga pecah minyak
4. Masukan air, burung merpati dan bahan-bahan yang lain.
5. Biar hingga mendidik selama 20 - 30 minit.
6. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment