Saturday, 20 April 2013

Ketam Bercili


Assalamualaikum..

Salam pagi minggu yang penuh ceria kepada anda semua,.. pic ini sebenarnya sudah lama berada didalam kamera akak ni,  tapi akak belum ada kesempatan utk diupdate dan diedit kerana sedikit sibuk kebelakangan ini,  sebenarnya sedikit malas..kikiki
Hari ini kita hendak bercerita mengenai ketam pulak , ketam yg akak masak ni namanya ketam nipah, orang kat sini depa panggil ketam batu, pasainya kemungkinan kulit ketam ni yg agak keras macam batu kott.. ada orang cakap ketam ni tak boleh dimakan katanya benda yg dia hidup dua alam ni tak bisa dimakan,..yer kerrr.. tapi akak tak kisahlah,..asalkan namanya ketam , semuanya akak makan..huhuhu
Kebiasaan kalau akak beli ketam , akak suka masak sambal ketam macam nilah, satu lagi akak suka masak gulai ketam tumis darat  campur dengan buah nenas, rasanya manis masam , makan pulak nasi dgn ikan kering goreng,,,daappppnyaa,, tapi tulah budak2 kat rumah ni, kalau gulai2 ni depa kuranglah sikit nak makan  tuuu...

Resepi Ketam Bercili

1 kilo ketam
2 tangkai daun kari
3 sb cili kisar
1 sb cili serbuk
2 sb sos tiram
5 bj bawang merah*
5 bj bawang putih*
2 sb udang kering*
1 bj telor
gula

Cara-cara:
. ketam terlebih dulu dibersihkan, jgn diletak garam tauuu, kemudian digoreng kekuningan,  jangan terlampau garing nanti keras tak sedap...
. panaskan minyak, tumis semua bahan2 yg bertanda * yg terlebih dulu ditumbuk halus, kemudian masukkan daun kari, tumis lagi hingga wangi..
. masukkan cili kisar, cili serbuk dan sedikit air kacau hingga terbik minyaknya..
.  masukkan sos tiram dan gula..garam tu jgn dimasuk dulu, rasa dulu kalau xmasin baru kita bubuh sikit..boleh masukkan sedikit air jika mahu berkuah sedikit..
. boleh masukkan ketam yg digoreng tadi, balik-balikkan hingga rata..
. boleh pecahkan telur ditengah kuali, biar sedikit mengeras baru kacau-kacau lagi sehingga sebati dgn ketam..ok ..siap..



Saturday, 13 April 2013

Udang Goreng Mentega



Assalamualaikum..
Udang Goreng Mentega ini adalah menu malam tadi, pertama kali akak masak resepi ini memang sedapp, mau tak sedap masak pakai udang besar, udang besar ni masak apa pun sedappkan..
Resepi ni akak intai dlm blog2 terhebat dalam alam maya ni, terima kasih kepada tuan punya bolg resepi ini kerana menyumbangkan resepi yg sangat sedapp serta cara2 dan pertua2 yang berguna...


Resepi 1
Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
http://aziejaya.blogspot.com/2012/06/udang-goreng-butter.html

Step 1
Sarang Telur
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Step 2
Udang:
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..



Resepi ke 2
RESEPI UDANG GORENG MENTEGA
http://www.eresepi.com/resepi/resepimasakanmoden/resepi-udang-goreng-mentega/
Bahan-Bahan

· 12 ekor udang saiz besar

· 2 sudu butter

· 3 biji kuning telur

· Sedikit daun kari – letak 2 tangkai

· Sedikit cili padi – letak 5 biji di potong serong

· Serbuk kunyit dan Garam

· Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Apabila sudah masak, ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak di kuali anggaran dalam 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
Sementara itu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api apabila minyak betul-betul panas. Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning), tangan kanan pegang garfu. Tuangkan perlahan-lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biarkan ia bertali-tali.
Apabila sudah selesai, angkat telur dan toskan tapis untuk membuang minyak berlebihan. Seterusnya, tos di atas kertas serap minyak (tisu dapur)
Kemudian, campurkan udang dan telur, dan hidangkan.


Friday, 12 April 2013

Macaroni Bakar ala Lasagna

Assalamualaikum..

Sarapan untuk pagi ni, sedap jugak..kebetulan masih banyak sisa kuah spagetti hari tu dalam peti ais, hendak dibuang sayang, jadi pakai la apa yang ada, yang specialnya macaroni ini tidak menggunakan telur..mula tu rasa cam pelik, tapi bila dah jadi sedap sangat, budak2 kat dlm rumah ni pun sukaa..


Macaroni Bakar ala Lasagna

sumber:http://norkhamsiah.blogspot.(Cooking Time)

Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm
Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam
Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang
Langkah-langkah membuat :

Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.

Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.

Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.

Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.

Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.

Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.

Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.

Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.

Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.

Masakkan hingga pekat dan berkilat.

Masukkan lada hitam. Tutup api.

Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.

Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .

Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.

Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.

Hidangkan dengan sos chili.


Thursday, 11 April 2013

Nasi Briyani Kambing Pakistan


Assalamulaikum...

Kembali bersiaran setelah hampir sebulan tidak muncul dialam maya ini,huhuhu..bukan apanya sebenarnya sejak si bibik habis kontrak dan dia pun sudah pulang kekampungnya makanya merdekalah dia hendaknya, skrg ini semua kerja rumah terpaksa akak menanggung sendiri , sapu sampah atas bawah, kat dalam rumah kat luar rumah, cuci baju, sidai baju, seterika baju pastu nak masak pulakk, pastu nak pergi tempat kerja pulakk...aduhai  penatnya tuhan saja yg tahu... sementara menunggu bibik baru yg entah bila nak sampai, si agen ni pun satu mangkuk hayun, janji tak pernah nak betui.. mula2 janji katanya 2 minggu   tapi sampai sekarang pun tak dengar khabar berita....tentionnnn!!!!!
Hari ni teringin nak makan nasi briyani, tengah tention pun kena makan jugakkkann..teringin punya pasai makanya buatlah jugak, resepi nasi ni sudah lama duduk intai dlm internet tapi buatnya tidak kikiki...



Nasi Beriani Pakistan 
                                   Sumber: Azie Kitchen


Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.


Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.