Monday 27 May 2013

Asam Pedas Melaka Terbaikkk


Assalamualaikum...

Kesempatan bercuti di Melaka baru-2 ini, akak tak lepaskan peluang mencari Asam Pedas yg terfemes di bandar Melaka ini, cari punya cari sampai pening kepala, mulut akak dah naik loya.. apa tidaknya, bandar melaka sekarang ni dah tak macam dulu , kebanyakan jalan dah jadi oneway , kalau sudah terlepas tu, alamak.. nak memusing balik tu bagai dikatalah... dah lah masa tu tengah lapaq gilaaa...
Akhirnya jumpalah jugak kedai tuuu... dekat dengan Balai Polis Bandar Hilir, tepi dengan jalan , kalau tak tengok betui2 memang tak perasan pun, pasai sekali tengok macam kedai cina pulak...

inilah kedainya..

dihidangkan dlm bentuk set..

nasi putih + telur asin

asam pedas ikan parang

sayur pak choi

telur dadar

utk hidangan sampingan beranika jenis kuih muih
macam2 ada..

ayam golek pun ada dijual



Resepi Asam Pedas Melaka Paling Sedap
sumber:http://cutimalaysia.my/asam-pedas-melaka

Bahan-bahan:

3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)

Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10 biji cili kering - dikisar
1/2 inci halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari

air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara:
  • ikan dicuci bersih dan dipotong kecil..
  • panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan2 penumis tadi sehingga wangi..
  • masukkan bahan2 kisar dan serai , kacau2 sebentar sehingga garing dan pecah minyaknya..boleh ditambah sedikit air..
  • masukkan air asam jawa dan air secukupnya, biarkan mendidih sebentar... kuah tu jgnlah terlalu pekat dan terlalu cair, sedang2 aja..
  • masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum,bendi dan tomato..
  • perasa dgn garam dan gula secukupnya...

Tuesday 21 May 2013

Kambing Masak Korma - Resepi Chef Sabri


Resepi masak korma dari Chef Sabri ini memang sedap sangat, apatah lagi kalau masakan ini  menggunakan daging kambing, akak dah cuba sebelum ini memasak dengan daging lembu dan ayam tapi rasanya sedap tu pada daging kambing lagi dan satu lagi gulai korma ini harus di masak sedikit pekat...
Penambahan kas-kas dlm masakan ini akan memberi sedikit kelainan pada rasanya tapi jangan terlalu banyak cukup hanya sesudu kalau terlebih nanti gulai akan terasa pahit dan penambahan gajus pulak untuk memberi kepekatan pada kuah korma tersebut..

DAGING MASAK KORMAH
PENYEDIAAN: 150 ORANG
MASA: 2 JAM

18 kg Daging Lembu( 1kg di potong 10)
1 LIT Minyak Masak
1 cawan Bawang merah - di cincang
1/2 cawan Halia - di potong mayang
1/2 cawan Bawang putih
3 helai Daun Pandan
200g Daun ketumbar
100g Daun pudina
15 biji Cili hijau
3 kg Serbuk rempah kurma
1kg Serbuk rempak kari daging
250g Serbuk jintan manis
250g Serbuk ketumbar
1 lit Kicap Manis
100g Gula melaka
15 biji Air limau nipis
4 lit Air
5 tin Susu cair
20g Kulit Kayu Manis
10g Buah pelaga
20g Bunga Lawang.
5 g Bunga cengkih
10 kg Ubi kentang - di potong wedges
3 kg Tomato - di potong wedges
1 cawan Garam kasar secukup rasa
4 sdm Serbuk perasa
1 cwn Bawang goreng

* akak guna santan dan yogurt
* akak tambah kas-kas
*akak tambah gajus kisar

Cara:
1. Panaskan periuk masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis dan kacau hingga naik bau.
2. Masukkan daun pandan, daun pudina, cili hijau, daun ketumbar kacau lagi selama 5 minit kemudian masukkan daging dan selama 20 minit dan tutup tudung periuk.
3. Biar daging hingga hampir empuk, kemudian masukkan serbuk rempah ratus dan kacau hingga rata selama 10 minit, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Masukan ubi kentang, kacau dan biar ia renih selama 2 jam hingga daging empuk.
5. Masukan kicap, air limau nipis, susu cair dan kacau hingga rata.
6. Akhir sekali masukan bahan perasa, bawang goreng dan tomato di potong wedges.



Wednesday 8 May 2013

Puding Koktail


Alahai... buat puding la pulak, senang saja hendak buat puding ni, budak tadika pun boleh buatkannn...hihihi tapi kalau mood malass sudah datang tuu, orang kedah kata seduit xguna !!!
Kes malas nak update punyai pasai la ni,.pic bulan Feb. ini dah bulan Mei baru nak masuk N3..huhuhuhu rajinlah sangatkannn...

Puding Koktail 
Oleh: Naimah Md Ludin  (BUKU RESEPI)

Bahan-Bahan
1 paket serbuk jelly (250g)
1 liter air
1 cawan susu cair
1 tin buah koktail

cara penyediaan
1)didihkan 1 liter air dalam periuk.
2)bila air dah mendidih masukkan serbuk jelly
3) kacau sebati hingga serbuk jelly larut.
4)padamkan api dan tuangkan susu cair.kacau sebati dan masukkan buah koktail.
5)tuangkan adunan ke dalam acuan.
6)sejukkan dalam peti ais


Thursday 2 May 2013

Ikan Siakap Kukus Halia

Assalamualaikum..

Resepi sudah lama akak simpan dlm draf, sampai akak terlupa siapa yang empunya  resepi asal yg sedap ini ..akak minta maaf banyak2 yer... resepi ini mudah sangatkan, main campak2 jer tapi bila dah jadi sedap sangat..dalam resepi ini akak tambah air lebih  biar sedikit berkuah..

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

1 ekor Ikan Siakap - di bersih
2 sudu makan Halia - di hiris halus
1 sudu makan Bawang merah - di hiris halus
1 sudu kecil Bawang putih - di hiris halus
4 biji Cili Padi - di titik
1 sudu makan Daun ketumbar
2 sudu makan Lobak merah - di hiris halus
2 sudu makan Cendawan shitake - di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air
* akak tambah 1 keping tauhu- dipotong 4
* akak guna cendawan biasa 

Cara:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.


Saturday 20 April 2013

Ketam Bercili


Assalamualaikum..

Salam pagi minggu yang penuh ceria kepada anda semua,.. pic ini sebenarnya sudah lama berada didalam kamera akak ni,  tapi akak belum ada kesempatan utk diupdate dan diedit kerana sedikit sibuk kebelakangan ini,  sebenarnya sedikit malas..kikiki
Hari ini kita hendak bercerita mengenai ketam pulak , ketam yg akak masak ni namanya ketam nipah, orang kat sini depa panggil ketam batu, pasainya kemungkinan kulit ketam ni yg agak keras macam batu kott.. ada orang cakap ketam ni tak boleh dimakan katanya benda yg dia hidup dua alam ni tak bisa dimakan,..yer kerrr.. tapi akak tak kisahlah,..asalkan namanya ketam , semuanya akak makan..huhuhu
Kebiasaan kalau akak beli ketam , akak suka masak sambal ketam macam nilah, satu lagi akak suka masak gulai ketam tumis darat  campur dengan buah nenas, rasanya manis masam , makan pulak nasi dgn ikan kering goreng,,,daappppnyaa,, tapi tulah budak2 kat rumah ni, kalau gulai2 ni depa kuranglah sikit nak makan  tuuu...

Resepi Ketam Bercili

1 kilo ketam
2 tangkai daun kari
3 sb cili kisar
1 sb cili serbuk
2 sb sos tiram
5 bj bawang merah*
5 bj bawang putih*
2 sb udang kering*
1 bj telor
gula

Cara-cara:
. ketam terlebih dulu dibersihkan, jgn diletak garam tauuu, kemudian digoreng kekuningan,  jangan terlampau garing nanti keras tak sedap...
. panaskan minyak, tumis semua bahan2 yg bertanda * yg terlebih dulu ditumbuk halus, kemudian masukkan daun kari, tumis lagi hingga wangi..
. masukkan cili kisar, cili serbuk dan sedikit air kacau hingga terbik minyaknya..
.  masukkan sos tiram dan gula..garam tu jgn dimasuk dulu, rasa dulu kalau xmasin baru kita bubuh sikit..boleh masukkan sedikit air jika mahu berkuah sedikit..
. boleh masukkan ketam yg digoreng tadi, balik-balikkan hingga rata..
. boleh pecahkan telur ditengah kuali, biar sedikit mengeras baru kacau-kacau lagi sehingga sebati dgn ketam..ok ..siap..



Saturday 13 April 2013

Udang Goreng Mentega



Assalamualaikum..
Udang Goreng Mentega ini adalah menu malam tadi, pertama kali akak masak resepi ini memang sedapp, mau tak sedap masak pakai udang besar, udang besar ni masak apa pun sedappkan..
Resepi ni akak intai dlm blog2 terhebat dalam alam maya ni, terima kasih kepada tuan punya bolg resepi ini kerana menyumbangkan resepi yg sangat sedapp serta cara2 dan pertua2 yang berguna...


Resepi 1
Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
http://aziejaya.blogspot.com/2012/06/udang-goreng-butter.html

Step 1
Sarang Telur
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Step 2
Udang:
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..



Resepi ke 2
RESEPI UDANG GORENG MENTEGA
http://www.eresepi.com/resepi/resepimasakanmoden/resepi-udang-goreng-mentega/
Bahan-Bahan

· 12 ekor udang saiz besar

· 2 sudu butter

· 3 biji kuning telur

· Sedikit daun kari – letak 2 tangkai

· Sedikit cili padi – letak 5 biji di potong serong

· Serbuk kunyit dan Garam

· Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Apabila sudah masak, ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak di kuali anggaran dalam 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
Sementara itu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api apabila minyak betul-betul panas. Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning), tangan kanan pegang garfu. Tuangkan perlahan-lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biarkan ia bertali-tali.
Apabila sudah selesai, angkat telur dan toskan tapis untuk membuang minyak berlebihan. Seterusnya, tos di atas kertas serap minyak (tisu dapur)
Kemudian, campurkan udang dan telur, dan hidangkan.


Friday 12 April 2013

Macaroni Bakar ala Lasagna

Assalamualaikum..

Sarapan untuk pagi ni, sedap jugak..kebetulan masih banyak sisa kuah spagetti hari tu dalam peti ais, hendak dibuang sayang, jadi pakai la apa yang ada, yang specialnya macaroni ini tidak menggunakan telur..mula tu rasa cam pelik, tapi bila dah jadi sedap sangat, budak2 kat dlm rumah ni pun sukaa..


Macaroni Bakar ala Lasagna

sumber:http://norkhamsiah.blogspot.(Cooking Time)

Bahan A:
Makaroni 500gm
Cheese Mozarella 250gm
Bahan B:
Sos Daging
500 gm daging kisar
1 tin cendawan butang
2-3 tin sos spaghetti Prego (Campbells)
2 labu bawang besar holland ( dadu)
4 ulas bawang putih (cincang)
8 ulas lada merah Thai
2 sb minyak masak
garam
Bahan C:
Sos Cheese
250 gm cheese Cheddar
600ml susu segar
3 sb tpung gandum
4 sb butter
4 sb lada hitam cincang
Langkah-langkah membuat :

Rebus makaroni dengan sedikit minyak hingga empuk. Angkat dan toskan.

Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan besar hingga wangi.

Masukkan sos Preggo dan air. Kalau 3 tin sos , airnya pun 3 tin. Kacau sebati.

Masukkan daging kisar dan masakkan hingga pekat.

Masukkan cendawan, garam dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api.

Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.

Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel.

Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api.

Masukkan susu segar dan tambah air 300 ml.

Masakkan hingga pekat dan berkilat.

Masukkan lada hitam. Tutup api.

Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan kedalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan makaroni dan sos cheese. Ulang balik . Pastikan lapisan atas ialah sos cheese.

Parut keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Tabur serbuk basil .

Bakar dengan suhu 180 selama 45 -50 minutes.

Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.

Hidangkan dengan sos chili.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...