Saturday, 2 February 2013

Kambing Masak Madras ~ Resepi Warisan Keluarga



Assalamualaikum..

Resepi Kambing Masak Madras ini adalah resepi warisan keluarga akak, arwah mak akak dulu kalau masak daging kambing nilah resepi yang dia selalu buat, akak tak tahu pulak mana arwah mak ni dapat resepi ni , sedar2 akak dari kecik lagi akak sudah dok makan masakan ni,  mak akak ni ada darah kacukan keling dari Madras, kata arwah mak..arwah moyang keling hang tu mai dari India pastu kawin dgn org melayu kat sini, dapatlah tokwan keling hang ni... tapi muka akak ni taklah macam keling pulak , nasib baik lagi tapi macam muka heroin Hindustan adalah....perasan sendiri ..kahkahkah..



Resepi Kambing Masak Madras

1 kilo daging kambing-potong besar
2 cwn santan pekat
daun ketumbar/daun pudina
10 bj badam/gajus- disangai dan ditumbuk halus

Bahan A:
15 Cabai Kering- dikisar
2 bj tomato merah-hiris nipis
1/2 s/b serbuk kas-kas
2 s/b tomato puree
1 herai daun kari *
2 btg serai *
1 inci lengkuas *
1 ketul halia *
3 bj bawang besar *
5 ulas bawang putih *
5 buah pelaga *
1 sb lada hitam *
gula/garam


Bahan tumis:
minyak sapi
1 tangkai daun kari
1 btg kulit k.manis
5 bj bunga cengkih
1 helai daun pandan

semua bahan2 yg bertanda * harus ditumbuk kasar terlebih dahulu kemudian baru dimesin halus ..


cara-cara:

1.  panaskan minyak sapi, boleh ditambah sedikit minyak biasa jugak dan  tumis bahan2 penumis .
2.  masukkan bwg besar dan bwg putih yg dikisar, tumis  sehingga wangi.
3. masukkan  bahan2 yg bertanda * yg dikisar tadi, cili kering yg dikisar, daun kari boleh dimesin sekali dgn cili kisar , badam kisar dan daun ketumbar yg dihiris halus,  tumis lagi hingga pecah minyaknya.. 
4.  masukkan pulak tomato yg dihiris nipis tadi, gaul hingga rata dan masak hingga tomato sedikit hancur , dan masukkan tomato puree.. 
5.  baru masukkan daging, gaul rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat dan pecah minyaknya, baru masukkan serbuk kas2 dan  santan pekat tadi..
6. masak hingga daging empuk dan pecah minyak dan kuah sedikit pekat, perasa dgn garam dan gula..

* kuah daging ini rasanya sedikit pedas, masam dan manis...

 selamat mencuba...



5 comments:

  1. aduhai kak.....sedapnya daging buat masak macam nie......lepas nie...bolehlah yan cuba ye.....!!!!!!

    ReplyDelete
  2. keling2!! pggl je lh org india! bkn ssh pown! mcm tk ckp adab jew!

    ReplyDelete
  3. Lepas baca intro awak pasal "keling" langsung tak de mood!! Hina sangat ke India ?

    ReplyDelete
  4. korang tak baca ke kat atas tu ker kan dia kata tokwan@atuk dia tu nama pangilan Tokwan Keling. Itukan nama manja bagi dia...satu kampung ngan ahli keluarga dia sekali panggil dia Tokwan Keling . Kenapa plk kau nak marah marah bagai !!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...