Wednesday, 28 November 2012

Sambal Tumis Ikan Duri Berlengkuas


Sambal Tumis Ikan Berlengkuas, bila akak masak sambal ni, akak terkenangkan kat arwah mak akak, arwah suka sangat masak sambal  ni, yg specialnya sambal ikan ni  sedap sangat jika dimasak dgn ikan yg jenis berduri yang kecil cam ikan keli, ikan otek, ikan sembilang , ikan haruan paling sedap dimasak dgn ikan puyu, ikan jenis lain pun boleh jugak  tapi rasanya kurang kick sikit...
Cara memasaknya macam kita buat sambal tumis biasa laa.. tapi disebabkan rasa lengkuas dan serai yg dimasukkan tu membuatkan sambal ni rasa special sikit.. anak2 akak kat rumah ni pun lebih suka sambal ni daripada sambal tumis biasa, seronok tengok anak2 makan bertambah-tambah...

Sambal Tumis Ikan Duri Berlengkuas

Bahan-bahan:
  • 1 kilo ikan keli
  • 20 bj cili kering
  • 2 labu bwg besar
  • 2 inci lengkuas
  • 3 btg serai
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 pelepah daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • gula/ garam

cara-cara:-

  • ikan keli dipotong dan dicuci bersih dgn air limau nipis dan garam.
  • cili kering, serai, lengkuas , bwg besar - semuanya diblend

  • panaskan minyak tumis  bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga kuning.
  • masukkan bahan blend tadi dan sedikit gula masak sampai pecah minyak.
  • masukkan air asam jawa, jika perlu boleh tambah sedikit air lagi , masak sampai mendidih baru masukkan ikan dan perasakan dgn garam dan gula..
  • siap...selamat mencuba





Wednesday, 21 November 2012

Bengkang Labu @ Bingka Labu



Salam ceria.. hari ni akak nak bercerita pasai Bengkang Labu, orang belah Utara ni panggil Bengkang..orang Selatan pulak panggil Bingka, apa2 pun panggilannya benda tu adalah benda yg sama..., hari Jumaat lepas akak ada pi dengar kursus Haji Bersiri yg dikendalikan oleh Ustaz Mat Teh O, beliau ni merupakan salah seorang penceramah bebas yg terkenal disebelah utara ni, dalam masa 3 jam ustaz tu dok beri ceramah , macam2 pengajaran yg akak dapat...


Salah satunya berkisah pasai labu ni, kata ustaz  kalau pi Mekah pada musim haji ni,  kat  sana  bakal2 haji ni sering dihidangkan dengan masakan berasaskan labu , betoi kaa??? dia kata ada jugak jemaah kita dok merungut kerna asyik dok jamu depa makan sayur labu ni.. depa dok kata, nak bagi depa sakit urat lah..berangin satu badanlah dan macam2 lah.. .pening kepala saya nak layan depa..kata ustaz..tulaa depa tak tau, yang sebenarnya Labu ni  merupakan makanan kegemaran Nabi Muhamad saw.. kata ustaz tu lagi..Sabda Nabi SAW., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga bersabda,"Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal."  oohhhh saya baru tauu... pasni mari kita makan Labuuu...

Resepi bengkang Labu
Sumber: Spices Journey@blogspot
  • 500 gm labu kuning
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 300 gm susu cair
  • 100 ml santan pekat
  • 4 bj telur saiz A
  • 3/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan butter
  • 1/4 sudu garam
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sk vanilla
  • sedikit bijan
  • 2-3 titik pewarna kuning





Cara-cara:-

  • rebus labu hingga empuk, toskan air dan lenyek.
  • panaskan oven 160 c selama 10-20 minit, griskan bekas yg hendak digunakan..
  • satukan semua bahan diatas dan gaul rata.
  • tuangkan bahan kedlm loyang dan bakar 15-20 minit dulu..
  • keluarkan sebentar utk ditabur bijan
  • kemudian bakar semula selama 45 minit hingga masak..
  • setelah masak, sapukan butter @ margerin diatas permukaan bengkang..
  • sejukkan dulu sebelum dipotong..

Monday, 19 November 2012

Dari Puncak Gunung Jerai


Salam pagi minggu.. alhamdulilah pagi yg sangat cerah dan membuatkan mood pun menjadi ceria jugak.. lepas balik makan2  kat Village Mall tadi entah macam mana tiba2 akak teringat nak ajak En. Hubby pergi naik Gunung Jerai, jarak dari rumah akak nak kesana tak jauh mana pun , 30 minit jer dah sampai kat kaki gunung tu..walaupun dekat sebenarnya dah bertahun tak jejak atas puncak tuu..wahhh  terasa sejuk jugak ..tapi taklah sesejuk cam Cameron Highland...
Banyak kenangan semasa zaman akak budak2 sekolah dulu, 
masa kat sekolah rendah dulu akak ni aktif dlm Persatuan Pengakap Kelana tau, cakap hutan mana yg akak tak pi redah...kalau setakat Gunung Jerai ni dah 7 kali naik turun tau.. bab berjalan dari kaki gunung sampai puncak gunung ni dah perkara biasa laa,  2 jam jer dah sampai kat puncak tu tau.... masa tu langsung tak terasa penat ...sekarang ni kalau nak suruh panjat pun boleh..tapii  takut terkeluq kepala lutut jerlah....hahaha








bersama kanak2 riang...

posing gaya Hindustan...huhuhu








Wednesday, 14 November 2012

Kebab Kambing Bakar




Salam Maal Hijrah utk seluruh umat islam... Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram , adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam dimana hari  memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Untuk satu permulaan yg baru , sama2lah kita berdoa semoga segalanya akan berlaku lebih baik daripada semalam dan semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah ..Amin



Kebab kambing ini menu orang Arab,  haahhh.. hari ni org Melayu pun tau buat tau,  akak buat semalam atas permintaan sikakak Nisha, bau wanginya bukan main semasa akak dok membakar ni, sampaikan jiran sebelah rumah akak pun keluar menjengah ... mungkin asap dapur arang akak tu dah masuk sampai kedalam rumah dia kott..hehehe


Resepi Kebab Kambing Bakar

  • 1 kilo daging kambing- potong kuib
  • 1 bj cili capcisum merah- potong kiub
  • 1 bj cili capcisum hijau-potong kiub
  • 1 bjcili capcisum kuning- potong kiub
  • 5 bwg besar- potong kiub
  • 2 btg serai- diketuk utk renjis
  • sedikit minyak+air+gula- utk direnjis
  • 30 cucuk lidi satay
  • Bahan A :
    - 5 sb Minyak Zaitun
    - 2 sb Lada Hitam - dikisar
    - 1 sb Serbuk Jintan Manis
    - 1 sb Serbuk Jintan Putih
    - 5 ulas Bawang Putih - ditumbuk
    - 5 ulas Bawang Merah - ditumbuk
    - 2 inci Halia - ditumbuk
    - sedikit Daun Ketumbar - dicincang
    - Gula perang/ garam
    - 3 sudu kecil Madu 
cara-caranya:-
  • semua bahan A, dicampur dan digaul rata..
  • kemudian gaulkan bahan tadi dengan daging kambing tadi..
  • eloknya diperap semalaman dlm peti ais..


                                                   

Salam Maal Hijrah

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. 

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Kaifiat membaca kedua2 doa ini agar segala amal perbuatan yang telah kita lakukan pada tahun sebelum ini mendapat keredhaan dan pengampunan dariNya.Di samping datangnya tahun baru Hijrah kita juga bermohon agar mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan syaitan yang direjam.Amin Ya Rabbal Aa'lamin...
Untuk pic doa ini saya share dari Sitik' s Blog, terima kasih atas perkongsian ilmunya.Minta halal dari akak untuk dikongsi di sini pula ya..

Doa Akhir Tahun 1
Dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib (akhir waktu asar)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun 2
Dibaca selepas daripada menyempurnakan solat fardhu maghrib awal tahun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya...Amin...

Monday, 12 November 2012

Hero Burger Bakar


Yummy.. meleleh air liurkan tengok burger ni, utk para peminat burger jgn lepas peluang utk merasa...sedapnyaaa...
Hero Burger Bakar nama kedai ni terletak di Jalan Perak, Penang berdekat dengan stadium bandaraya Penang...

alahai ..meleleh pulak telor ni...

Mutton Double Cheese Burger..
daging kambing yg sangat lembut dan aromanya...





Sunday, 11 November 2012

Roti Gulung Berinti Sayur


Musim tengkujuh sudah pun bermula, bukan saja di pantai timur disini pun boleh katakan hari2 dah mulai hujan jadi kepada mereka yang berada dikawasan yg selalu dinaiki air..harap2 bersedialah kalau2 kemungkinan berlalu banjir..
Hujan2 cam ni perut pun sentiasa laparkan, tak taulah pasai apa, mungkin sebab sejuk kot..jadi mulut ni rasa nak mengunyah sajalah..
akak rasa nak buat roti gulung pagi ni, bahan2 semua dah ada..jom kita layan resepi....

Resepi roti Gulung Inti Sayur

Bahan-bahan:-

1 buku roti Gardenia
1/2 bj sengkung- disagat kasar
1 biji carot- disagat kasar
3 ulas bwg putih
2 sb udang kering- ditumbuk
3 sb sos cili
3 sb mayonis
1 bj telor
1 cawan serbuk roti
garam dan gula


Cara-cara:-
  1. sedia periuk pengukus, semua roti dikukus terlebih dahulu..
  2. angkat dan dicanai nipis, lalukan semua hingga habis..
  3. untuk inti pulak...
  4. panaskan minyak, tumis bwg putih hingga wangi..
  5. masukkan udang kering, kacau sebentar..
  6. masukkan sengkung dan carot, masak hingga sayur layu..
  7. masukkan sos cili dan perasa dengan garam dan gula..
  8. angkat..
  9. gaul dgn mayonis, sejukkan sebentar..
  10. cara mengulung roti..
  11. ambil sekeping roti yg telah dileper tadi..letak sesudu inti sayur dan gulung..buat sehingga habis..
  12. dlm bekas lain..kocak telur..
  13. sedia serbuk roti dlm pinggan leper..
  14. ambil roti gulung tadi, celupkan kedlm telor, kemudian golekkan kedlm serbuk roti pulak..buat sampai habis..
  15. kemudian goreng sehingga kekuningan..
  16. hiaskan dgn sos cili diatas roti tadi..
  17. sedap dimakan panas-panas..
selamat mencuba



Saturday, 10 November 2012

Gulai Itik Masak Pekat



Salam pagi minggu dan selamat bercuti panjang utk semua pelajar dan guru-guru, syoknya bila tiba musim cuti sekolahkann.. mulalah kepala otok dok pikiq nak bawa anak2 pi berjalan dan makan angin,  bila lagi ..cuba siapkan pulusnya byk2 ..huhuhu.. 
time cuti sekolah ni jugak maka bermulalah majlis kenduri khawin sana sini, jenuh atur rumahlah kita, kadang2 satu hari tu mau sampai 3,4 buah rumah nk kena pi, almaklumlah masa nilah nak ziarah dan jumpa kawan2 pun kannn....



hari ni akak nak masak kari itik la pulak..itik ni akak beli kat  kawan , dia jual 1 ekor rm 15.00 jer, murahkann.. pasai murah akak beli 3 ekor, kes tamak dah mai dah tuu ...itik ni akak nak masak gulai dgn ubi kentang, masak bagi pekat, biar sampai melekat....
kalau nak masak itik ni nak kena pandai, kalau tidak nanti ada bau sedikit hanyir..so basuh tu kena betoi2 bersih, rendam dlm tepung gandum jap.. utk buangkan lendir2 yg tak perlu.. nak lagi bersih cuci dgn air limau nipis sekali..insyaallah.. 

akak masak dlm pressure cooker ni..mudah dan cepat...


Resepi Gulai Itik


Bahan-bahan:-
  • 1 ekor itik- dipotong kecil
  • rempah tumis 4 sekawan (k.k.manis, cengkih, b.lawang, buah pelaga..)
  • 2 paket rempah kari daging
  • 1 sb rempah kurma
  • 3 sb cili kisar
  • 1 sb kunyit serbuk
  • 1 sb jintan manis- tumbuk
  • 1 sb ketumbar- tumbuk
  • 1 sb lada hitam- tumbuk
  • 5 bj bwg merah- kisar
  • 3 bi bwg putih - kisar
  • 1 tangkai daun kari
  •  3 btg serai - tumbuk dan kisar
  • 2 inci lengkuas -tumbuk dan kisar
  • 3 inci halia- tumbuk dan kisar
  • 2 bj bwg besar- kisar
  • santan pekat
  • 3 sb kerisik
  • garam dan gula..

cara-cara:-
  1. panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, bahan2 kisar tadi dan daun kari..
  2. tumis sampai wangi, masukkan cili kisar, rempah daging, rempah kurma, kunyit serbuk, lada hitam dan sedikit air,kacau hingga pecah minyak...
  3. pastu masukkan daging itik, masak hingga daging agak2 empuk, tambah sedikit air jika perlu..




  1. bila daging itik dah empuk baru masukkan santan dan kerisik, masak sampai pekat..
  2. perasa dgn garam dan gula..

* nota.. daging itik ni biasanya
  agak liat sedikit so memasaknya 
  mengambil masa yg agak lama 
  jugak....

  selamat mencuba...

Friday, 9 November 2012

Daging Salai Masak Lomak Daun Selasih



Masak Lomak Cili Api merupakan satu kemestian bagi org negori sembilan, derhaka namanya kalau org negori tak pandai makan masak lomak ni tau..hehehhe
Akak dulu pun tak berapa gemor..tapi bila dah seselalu makan, lama2 suke la pulak..kalau kat N.9 ni masak2 jenis salai ni lebih kepada daerah org Darat..didaerah Kuala Pilah dan sekitarnya..cam tu lah kira2nya...selain daging lembu salai ni boleh juga kita buat dengan ikan keli salai, burung puyuh salai, daging kerbau salai dan apa2lah yg kita suke..penggunaan daun selasih ni, saja jer akak suka2 letak..tapi memang sedap pun ianya memberikan satu kelainan pada masakan ni, memberi rasa yg lebih sedap dan aromanya yg sangat harum..

daging disalai terlebih dulu sebelum dimasak...penggunan kayu arang  memberikan rasa yg lebih enak...

Resepi Daging Salai Masak Lemak Daun Selasih

  • 1 kilo daging
  • 1 gengam cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 btg serai - diketuk
  • santan cair
  • santan pekat
  • segengam daun selasih segar
  • garam

cara-cara:-


  1. daging yg telahdisalai dan dipotong kecil.
  2. tumbuk cili padi, kunyit hingga halus..
  3. satukan daging, cili tadi dan serai yg diketuk dengan santan cair..masak hingga daging lembut..
  4. masukkan santan pekat sedikit demi sedikit..kena selalu kacau supaya santan tidak pecah minyak, masak hingga mendidih..
  5. last baru masuk daun selasih..dan perasa dgn garam..
selamat mencuba..

Monday, 5 November 2012

Nasi Uduk Dgn Ayam Penyek


Nasi Ayam Penyek ini merupakan masakan indonesia yg femes , kalau disana ayam penyek ini selalunya dimasak menggunakan ayam kampung dara dan di makan dgn nasi uduk, sejenis nasi yg seakan-akan nasi lemak tapi berwarna kuning, nasi dan ayam ini byk dijual ditepi-tepi jalan disepanjang malam... 
akak ni selalu juga makan nasi ayam ni kalau kesana, satu2nya nasi yg akak rasa boleh masuk tekak akak selain nasi padang ...jom layan resepi ni..

Resepi Sup Ayam Penyek
  • 1 ekor ayam - belah 4
  • rempah 4 sekawan
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sb ketumbar - disangai
  • 1/2 sb jintan manis - disangai
  • 1/2 sb jintan putih- disangai
  • 2 btg serai-dititik
  • 1 liter air
  • halia-dititik
  • lengkus- dititik
  • garam
  • madu
  • kicap manis
cara-cara:-
  1. panaskan minyak , tumis bwg merah dan bwg putih, masukkah rempah 4 sekawan hingga wangi..
  2. masukan ketumbar, jintan manis, jintan putih yg disangai dan ditumbuk halus tadi..
  3. masukkan serai,halia,lengkus, kacau sebentar...
  4. masukkan air hingga mendidih, baru masukkan ayam..perasa dgn garam..
  5. bila ayam dah masak..angkat dan toskan sebentar..
  6. kemudian lumurkan dgn madu dan kicap ..perap sekejab.
  7. bolehlah digoreng hingga garing..pastu angkat  dan penyek@ lenyek dgn lesung batu..

Resepi Sambal Goreng
  • 6 biji cili merah
  • 10 bj cili padi
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 3 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 2 biji tomato
  • gula/garam
cara-cara:-
  1. panaskan minyak, goreng ikan bilis -angkat
  2. goreng belacan - angkat
  3. tumis bwg hingga wangi
  4. masukkan semua cili dgn goreng hingga layu
  5. masukkan tomato, garam dan gula..goreng hingga layu..pastu angkat 
  6. kemudian tumbuk semua bahan tadi hingga sedikit hancur..

Resepi Nasi Uduk..
  • 3 pot beras brasmati
  • 4 pot santan cair
  • 3 helai daun salam@daun bay
  • 1 btg serai
  • garam
  • sedikit kunyit
cara-cara:-

satukan semua kedlam rice cooker..masak mcn buat nasi lemak..
 

Bahan2 sampingan
  • tauhu goreng
  • tempe goreng 
  • ulam-ulam..seperti
  • timun
  • kobis
  • daun selasih
  • kacang panjang

Friday, 2 November 2012

Daging Masak Sambal Berkicap Mudah


Selamat Hari Raya Haji..rasanya masih belum terlambat lagi akak nak ucapan kat N3 ini, semperna raya korban sudah tentu byk org buat korbankan, byk juga org yg dapat daging korban, dah tentu banyaklah daging dlm peti ais nanti, boleh tahan sebulan...hehehe
Kalau kat setengah tempat hari raya korban ni meriah sangat, tambah2 lagi kalau kat kampung, sana-sini buat korban, sana-sini ada kenduri .. dapur kat rumah pun tak berasap..malas nk masak...
dulu semasa arwah mak ada lagi...arwah selalu masak masakan ni..cara massak pun mudah saja, tak banyak menggunakan bahan, cuma menggunakan cili kering yg disangai dan kicap manis jer..tapi tetap sedapp..
jom layan resepi ni..

Resepi Daging Masak Sambal Berkicap

1/2 kilo daging lembu
20 bj cili kering- disangai dan bland
1 bj bwg besar
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1/4 cwn kicap manis
sedikit air asam
garam/gula

cara-cara:-
  1. daging direbus terlebih dulu ( dgn air sedikit saja ), kemudian potong kecil dan simpan air rebusan daging tadi.
  2. panaskan minyak tumis bwg merah dan bwg putih hingga wangi.
  3. masukkan cili kering dan bwg besar yg dibland tadi, masak sampai mendidih..
  4. pastu baru masukkan daging,air rebusan daging,kicap manis, air asam , perasa dgn gula dan garam..
  5. masak sampai agak2 pecah minyak sedikit..
selamat mencuba..

Thursday, 1 November 2012

Ronda-Ronda Kat Johor

Al-kisah cerita ni , semasa balik cuti raya haji baru2 ni la..tahun ni giliran raya kat kg en.suami pulak..kg en.suami kita kat Port Diskson..org negori la ni..sebenarnya cuti raya dia dpt 3 hari jer, memandangkan en.hubby ada meeting kat nilai, kita tambah lagi 2 hari..so dapatlah lama sikit kami duduk dikampung ...
Biasalah hari raya haji ni taklah semeriah mcm raya puasa , tak byk mana saudara mara dtg menziarah pun, mungkin org sibuk dengan urusan kerja korban dan kenduri kendara..
Hari raya pertama kami semua org melepak kat rumah jer, tengok tv,  makan..tidur..tidur..makan..hehehe
Hari raya ke2..yahoo en.hubby setuju nak bawa kami pi jalan2 tengok JB.. pagi2 lagi dah bertolak dari PD, dlm kepala ni dah set nak  lunch kat Batu Pahat nanti.. sampai diBatu Pahat dah dekat kul 12 lebih..terus cari kedai Nasi Berani Gam Mohd Shah yg femes tu..akhirnya jumpa jugak.. mak oii ramai sangat org ni..sampai terpaksa beratur panjang..


ini pinggan mak jemah yg punya!!!

bdk2 ni semua nk makan nasi berani ayam


penatnya menunggu kereta siap..4 jam..!!!!


semua org dah penat..bdk ni sorang yg xreti nk penat aduii...

 Lepas jer makan,  kami sambung balik naik kereta tak sampai 10 minit,  en.suami kata dia npk cam asap keluar kat bonet depan.. alamak kereta rossak pulak, masa2 cam ni pulak dia nak rosak, cuaca dahlah tengah panas gilaa..kita org kena cari tempat berteduh dulu sebelum kereta ni buat hal lebih panjang lagi...akhirnya dapat juga tempat berteduh yg betui2 boleh berehat...kat Hospital Pantai, Batu Pahat...hahaha..terima kasih kat kakitangan hospital yg perihatin kat kami... 4 jam menunggu kereta siap ooiii..tention gila!!!..habis rosak segala rancangan mak jemah... 

layan si abg makan aiskrim..

sampai JB dh dekat kul 8 mlm..perut pun dh naik lapar balik dh ni..en.suami kata jom pi kita pi makan dulu..pasni baru kita  cari hotel ..aku ok saja, kami dinner kat Restoran Singgah Selalu, Danga Bay..makanan kat situ ok.ok saja bagi akaklah..harga makanan kat situ boleh tahan...mungkin pasai  dekat dgn Singapore kot..


nilah rumah yg kami pernah duduk dulu...buruk bebenor rupanya


kisahnya kami dahulunya pernah tinggal sekejab di Taman Bukit Rinting, Pasir Gudang dlm tahun 2000, masa tu en.suami kena bekerja kat sini, kita duduk tak lama 2 tahun saja, pastu kena pindah balik kat Sg. Petani. Semasa kat rumah nilah  akak melahirkan sikakak, tula yg dia teruja nak tengok rumah ni...lama sangat tak datang sini dekat 10 tahun dah kot...


ini pulak tadika yg si abang pernah bersekolah dulu, waktu tu  umur dia 5 tahun, tadika ni sebelah rumah jer..ok habis sudah  sejarah cerita dulu2...
ok.. dah penat ni pi ronda, la time nak pi makan pulak, kat sana akak ada sorang kawan, dah  dekat 10 tahun lebih dia tinggal kat sana, kita org pi ziarah jab rmh dia, depa ni dua2 laki bini org kedah..bila dah jumpa geng ni, biasalah kan...mcm2 cerita keluar...sembang punya sembang depa ajak kami pi makan Nasi Ayam Penyek..penyek pun penyeklah, jgn pi pijak sudah...hehehe
bersama kanak-kanak riang

pas makan , kita pi shoping pulak..Johor Premium Outlet kat Kulai, barang2 yg dijual kat sini semuanya branded belako, harga tak usah cakap ler....mahal gilooo...