Sunday, 20 January 2013

Daging Burung Merpati Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum...

Hari ini akak nak bercerita pasai burung merpati, dekat rumah akak sekarang ni banyak sungguh burung merpati dok menengek atas bumbung rumah, tak tau pulak burung2 ni datang dari mana?? agaknya tuan burung ni dah lepaskan burung2 dia kot... pasai apa banyak sangat burung ni tak tau....
Akak ni dok geram tengok gelagat burung ni tau, habis tu tak sudah  akak paksa en suami tangkap burung ni, dapat la tiga ekor gemuk2 pulak tu..rezeki..rezeki boleh buat lauk utk malam nikann.. , jangan ditanya macam mana akak tangkap burung ni , biarlah rahsia hahahah....
perlu diingatkan disini ,daging burung merpati agak keras dan liat macam daging ayam pencen nak kena rebus lama dulu baru dimasak tapi kalau ada pressure cooker beressss....
Kat sini ada sikit info pasai khasiat daging burung merpati, mai kita baca...

Sumber:http://melayukini.net/2012/10/apakah-khasiat-burung-merpati-menarik/

Apakah Khasiat Burung Merpati (Menarik!) |
Bagi penggemar daging burung, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung puyuh. Namun, tahukah anda apakah khasiat burung merpati? Sebenarnya ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Ketahui apakah khasiat di bawah ini.


Khasiat Daging Burung Merpati

Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.

Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
penyakit lembik.
penyakit kebas-kebas badan.
penyakit lumpuh.

Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
Menguatkan tenaga jimak
Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…

Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita

Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.

Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.

Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati nie 2-3 kali seminggu.

Melayukini.net - Keberhasilan tentang sesuatu benda yang ktia usahakan adakalanya datang dengan cepat ataupun sebalik. Kita perlu snetiasa berusaha dan bertawakal di penghujungnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan atas izin Allah SWT. Jadi selepas ini boleh mencari burung merpati untuk dijadikan sebagai satu makanan yang berkhasiat.



Resepi Burung Merpati Masak Kicap Pedas

3 ekor burung merpati -dipotong kecil
2 inci kulit kayu manis
1 s/k jintan manis
1/2 s/k jintan putih
1 s/b lada hitam
kicap manis
2 s/b sos tiram
5 bj cili padi
2 btg serai -dititik 
1 inci halia
3 bj bwg putih
5 bj bwg merah 
1 labu bwg besar
1 bj cili merah
gula/garam
daun sup


Cara-cara:
1. tumbuk halus jintan manis, jintan putih, lada hitam, bwg merah, bwg putih, halia, cili padi..
2. panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi dan jugak serai, tumis hingga wangi dan kuning...
3.  masukkan daging burung merpati dan tambah sedikit air,  kicap manis dan sos tiram , tutup periuk rebus sampai daging empuk..
bab ni kena byk bersabar sikit pasai daging burung ni agak liat dan keras so kalau ada pressure cooker, amat memudahkkan..
4. bila daging sudah empuk, boleh tambah sedikit air kalau suka ada kuah sedikit..
5. bila kuah sudah mendidih, bolehlah perasa dgn gula dan garam dan boleh masukkan bwg besar yg dipotong bulat , daun sup dan jugak cili merah sebagai hiasan...



2 comments:

  1. Salam. Ada x ptua nak hilangkan hanyir daging merpati

    ReplyDelete
  2. hg beli yg dah masak lagi senang

    ReplyDelete