Assalamualaikum..
Udang Goreng Mentega ini adalah menu malam tadi, pertama kali akak masak resepi ini memang sedapp, mau tak sedap masak pakai udang besar, udang besar ni masak apa pun sedappkan..
Resepi ni akak intai dlm blog2 terhebat dalam alam maya ni, terima kasih kepada tuan punya bolg resepi ini kerana menyumbangkan resepi yg sangat sedapp serta cara2 dan pertua2 yang berguna...
Resepi 1
Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
http://aziejaya.blogspot.com/2012/06/udang-goreng-butter.html
Step 1
Sarang Telur
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.
Step 2
Udang:
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..
Resepi ke 2
RESEPI UDANG GORENG MENTEGA
http://www.eresepi.com/resepi/resepimasakanmoden/resepi-udang-goreng-mentega/
Bahan-Bahan
· 12 ekor udang saiz besar
· 2 sudu butter
· 3 biji kuning telur
· Sedikit daun kari – letak 2 tangkai
· Sedikit cili padi – letak 5 biji di potong serong
· Serbuk kunyit dan Garam
· Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.
Bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Apabila sudah masak, ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak di kuali anggaran dalam 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
Sementara itu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api apabila minyak betul-betul panas. Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning), tangan kanan pegang garfu. Tuangkan perlahan-lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biarkan ia bertali-tali.
Apabila sudah selesai, angkat telur dan toskan tapis untuk membuang minyak berlebihan. Seterusnya, tos di atas kertas serap minyak (tisu dapur)
Kemudian, campurkan udang dan telur, dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment