Saturday 1 December 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Roges





Masa akak pi jalan2 kat Villages Mall hari tu, ternampaklah Restoran Kenny Roges kat situ, baru buka kot.. bulan lepas hari tu, pi tak nampak pun.. disebabkan teringin sangat ,  sebab lama jugaklah tak makan ayam kenny roges ni akak pun pi la order... masa nak bayar tengok bill.. mak ooi mahal jugak lah.. set 1/4 ayam dah Rm 36.00... kalau 4 set dah dekat Rm 150 dahh.. kalau kita beli ayam 1 ekor baru rm 15.00 kan..eehhh untungkan berniaga kalau cam ni.... 




hari ni teringat balik kat ayam kenny roges tu.. tapi kali ni vesi akaklahh,  rasanya tak jauh beza.. cuma muffin tu akak tak buat sebab dah malas sangat, bila dah makan , rasanya sedap ayam panggang  yg akak masak ni lagi..hihihi.. angkat bakul sendiri..sapa lagi yg nak pujikan...



Ayam Panggang ala Kenny Rogers....
Sumber 1: Che.Mid FP
sumber 2 : siti delima.com

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.



Resepi Pasta Olio-Oglio

Bahan:

minyak zaitun/ butter
1 paket kecil pasta
1/2 cwn udang
3 ulas bwg putih
1 bj bwg besar
3 bj cabai kering-potong kecil

sedikit lada hitam
garam
Cara-cara:

1. Rebus pasta hingga lembut dgn sedikit minyak dan garam, kemudian toskan.
2. Panas mentega dlm kuali, tumis bwg putih, bwg besar dan cabai kering hingga wangi.
3. masuk udang goreng sekejab..
4. masukkan pasta tadi, kacau kemudian masukkan lada hitam dan garam..




Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

bahan-bahan:-

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya:-
Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu..


Resepi ke 2
Mashed Potatoe
:: Lieya Osman..

Bahan:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar






COLESLAW:

1/2 bj kobis ungu
1/2 cawan susu segar.
Garam dan gula
1/2 cawan Mayonis.
2 bj limau nipis- ambil jus


cara-cara:-

sediakan bekas besar, campurkan  mayonis, gula,garam,susu segar jus limau dan gaul rata, kemudian masukkan kobis dan gaul sebati. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.





..Sos Lada Hitam..
Resipi : Hana

Bahan-bahan :
11/2 cawan stok ayam @ daging - hana guna stok ayam ( air + kiub ayam )
1/2 cawan susu segar - nak kurangkn pun boleh
4 - 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang salery - dicincang (CT tak letak)
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...