Wednesday 5 December 2012

Sup Ekor Ala Thai Dgn Nasi Goreng Daging


Menu ni akak buat utk dinner semalam, sebabnya siang tadi akak tak masak apa2 pun.. malas sungguh hari ni, badan pun rasa tak berapa sihat, asyik  nak tidur aje....budak2 tu akak suruh depa makan maggie...huhuhu.. pemalas betoi kann...


...Sup Ekor Ala Thai...

Sumber 1:- MyResepi
sumber 2:- Angelazilla.blogspot
sumber 3:- Hazila. Bolgspot


500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar 
* akak tambah lada hitam
* akak tambah carot
* akak tambah bawang goreng
* akak tambah bawang putih goreng


Cara2 :
1) Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
2) Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang...





...Resepi Nasi Goreng Daging...

Bahan-2:-
  • Nasi Sejuk
  • sedikit daging
  • 5 bj cili padi-
  • sejemput ikan bilis
  • 2 bj bwg merah
  • 2 bj bwg putih
  • baby kailan
  • lada hitam/garam/gula
  • telor mata sapi- utk hiasan
cara-cara:-
  • tumbuk kasar padi cili, bawang, ikan bilis..
  • panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk tadi..
  • masukkan daging, goreng sekejap @ sampai daging masak..
  • masukkan nasi..kacau sampai sebati..
  • masukkan sayur kailan yg dipotong kecil2
  • last perasa dgn garam,gula, lada hitam..
  • hidangkan dgn telor mata sapi...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...