Sunday 24 February 2013

Gulai Daging Burung Power


Assalamualaikum..
Hari ini akak nak masak gulai burung pulak, sudah lama benar akak tak makan gulai burung ni, bukannya apa , pasainya susah bebenor  nak dapat burung sekarang ini, hendak menembak burung pun ikut musim jugak, kira nasiblah kalau dapat.. biasanya pada hari minggu  en.suami dn kawan2nya akan pergi menembak burung, kemana-mana saja dia orang ni pergi menembak, didalam hutanlah, dalam ladang kelapa sawitlah, dlm sawah padi dan banyak tempat lagi yg dia orang sudah pergi, akak pun dah tak ingat, akak ni  teringin jugaklah nak mengikut tapi en.suami tak bagi ikut.....sedihhh sangattt...

Hari ini en. suami bernasib agak baik, dia mendapat seekor burung yang akak pun tak tahu apa nama burung ini, burung yang agak besar , alhamdulilah rezeki kami ,dapatlah akak sekeluarga menjamu selera utk malam ni... sebaik saja en. suami pulang membawa burung yang dia dapat tu,  akak terus menjalankan kerja2 memproses membuang bulu dan melayur burung.... adui banyaknya kerja nak kena buat ni, leceh betui.. satu2nya kerja yang paling akak tak suka nak buat... pastu mula pulak kerja memasak, pada pengalaman akak apa pun jenis daging burung haruslah direbus terlebih dahulu sebelum dimasak kerana biasanya daging burung ini  agak liat dan mengambil masa yang lama untuk memasaknya... bagi memudahkan kerja akak masak dalam pressure cooker, sungguh menjimatkan masa dan gerenti daging empuk punya...

Resepi Gulai Burung Power
Bahan:
1 ekor burung - dilayur
5 Bawang putih - di tumbuk
5 bawang merah - di tumbuk
2 inci halia - di tumbuk
1 sb lada hitam-ditumbuk
2 btg serai- ditumbuk
2 tangkai daun kari
1 inci Kulit Kayu Manis
3 biji Buah pelaga
1 kuntumBunga lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
2 paket rempah kari ayam/daging
1/2 sb Serbuk Jintan Manis
1/2 sb Serbuk ketumbar
1/2 serbuk kunyit
1 helai Daun Pandan
4 biji Ubi Kentang
santan dari 1 bj kelapa
garam/gula

Cara:
1. Burung yang telah dilayur tadi, direndam sekejab dgn tepung gandum dan air limau nipis bagi menghilangkan bau hanyir,  kemudian dicuci bersih dan dipotong kecil. 
2. sedia periuk , masukkan sedikit air , sedikit halia dan 2 bj bwg putih yg diketuk, rebus terlebih dahulu sehingga daging itik  empuk dan ketepikan...
3. Bancuh rempah kari , serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit dengan sedikit cawan air.
4. Panaskan minyak tumis daun kari, daun pandan, bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih  hingga naik wangi.
5.  Masukkan rempah2 tadi dan kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan lada hitam, serai , bawang besar yg ditumbuk halus dan  masukan sedikit air biar hingga  mendidih..
6.  masukkan daging burung yg telah direbus tadi dan ubi kentang yg dikerat dua,  biarkan kuah mendidih sebentar.
7. Masukkan santan dan kacau hingga sebati dan biar merenih hingga daging burung tadi benar-benar lembut.
8. perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
 selamat  mencuba...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...