Monday, 15 October 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE


Resepi Spaghetti Bolognese
Sumber: Suejoshua.blogspot

Bahan-bahannya:

500g spaghetti (1 peket)
500g daging lembu cincang
200 ml susu segar
1 biji bawang besar kuning - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
4 biji tomato segar - dipotong dadu kecil
2 batang celery - dipotong dadu kecil
1/2 s/t oregano kering atau italian mixed herbs
3 s/b minyak zaitun (olive oil)
2 s/b butter
Garam, perasa dan gula
Sedikit parutan keju parmesan

Cara-caranya:
Rebuskan spaghetti dengan sedikit garam dan sedikit minyak, angkat dan toskan airnya.

Untuk sos bolognese:

Panaskan minyak zaitun didalam periuk, masukkan pula butter dan kacau hingga butter cair, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang tadi, gaul sehingga layu, masukkan daging cincang dan gaul lagi hingga daging berubah warnanya, masukkan celery dan cendawan butang, gaul lagi sehingga bahan lembut, masukkan pula susu segar dan kacau sehingga mendidih, masukkan tomato puri, tomato segar dan sedikit air, gaul rata, masukkan herba, garam, perasa dan gula, gaul sebati dan biarkan sehingga menggelegak dan kuah pekat, bolehlah ditutup apinya.

Cara penyediaannya:
Letakkan spaghetti yang telah direbus tadi didalam pinggan, kemudian tuangkan sos bolognese diatas spaghetti tadi, taburkan pula dengan parutan keju parmesan, sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...