Wednesday, 30 January 2013

Nasi Goreng Udang


Assalamualaikum..

Nasi goreng udang ni ,akak  masak sudah dua, tiga hari yang lepas, tapi terlupa pulak nak masuk N3 ni, salah satu masakan yang paling senang hendak dibuat bila time malas sudah mula melanda huhuhu.... apalah sangat nak buat nasi goreng cam nikan,, tutup mata pun jadi.....


Resepi Nasi Goreng Udang

1 pinggan nasi 
6 ekor udang segar
3 ulas bwg putih -diketuk
1 labu bwg besar-hiris nipis
1 biji telur
1 s/b  sambal belacan
perasa pati ayam maggi
daun bwg dan bwg goreng- utk hiasan

Cara-cara:-
1.  panaskan kuali, masukkan bawang putih yg diketuk dan bwg besar yg dihiris nipis, goreng hingga wangi dan keperangan.
2.  masukkan udang, goreng sekejab hingga masak.
3. masukan telur, biar sedikit mengeras lalu dikacau cepat.
4.  masukan sambal belacan dan nasi, kacau hingga sebati.
5.  teruskan garam, gula dan serbuk perasa..
6. kacau lagi dan biarkan sebentar diatas api dan boleh diangkat.
7.  hiasankan dengan daun bawang dan bawang goreng..


Tuesday, 29 January 2013

Gulai Itik Dgn Ubi Kentang


Assalamualaikum...

Gulai itik ini akak masak malam tadi, agak lama jugak akak tak masak daging itik ni, lagipun susah nak dapatkan daging itik sekarang, kat pasar tu memang tak adalah..kalau teringin sangat hendak makan kenalah order dulu, tu pun kadang2 tak dapat...
Daging itik ini akak beli kat pasar danok pagi tadi, tak ada perancangan pun nak pergi sana, tiba2 saja member akak ajak, ok ajalah lagipun stok dalam petiais pun dah kosong.. 
Masa akak sampai sana pun dah lewat, dekat pukul 11 pagi dah, jadi banyak ikan dah habis, yang tinggal pun tak berapa nak elok , daging itik ni pun tinggal sekor jer, kecil pulak tu.. daripada kempunan ambil ajalahkann...


Resepi Gulai Itik Dgn Ubi Kentang

Bahan-bahan:-
1 ekor itik- dipotong kecil
rempah tumis 4 sekawan (k.k.manis, cengkih, b.lawang, buah pelaga..)
5 biji ubi kentang- dibelah 2
2 paket rempah kari daging
1 sb rempah kurma
3 sb cili kisar
1 sb kunyit serbuk
1 sb jintan manis- tumbuk
1 sb ketumbar- tumbuk
1 sb lada hitam- tumbuk
5 bj bwg merah- kisar
3 bi bwg putih - kisar
1 tangkai daun kari
3 btg serai - tumbuk dan kisar
2 inci lengkuas -tumbuk dan kisar
3 inci halia- tumbuk dan kisar
2 bj bwg besar- kisar
santan pekat
3 sb kerisik
garam dan gula..


cara-cara:-
1.  panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, bahan2 kisar tadi dan daun kari..
2.  tumis sampai wangi, masukkan cili kisar, rempah daging, rempah kurma, kunyit serbuk, lada hitam dan sedikit air,kacau hingga pecah minyak...
3.  pastu masukkan daging itik, masak hingga daging agak2 empuk, tambah sedikit air jika perlu..

4.  bila daging itik dah empuk baru masukkan kerisik , ubi kentang dan santan, masak hingga ubi kentang empuk..
5.  perasa dgn garam dan gula..

* nota.. daging itik ni biasanya
agak liat sedikit so memasaknya
mengambil masa yg agak lama
jugak....

selamat mencuba...




Monday, 28 January 2013

SHEPERDS PIE


Assalamualaikum..

Pie ni akak buat semalam, atas permintaan anak2, pasai hari tu depa kata, malam tu akak buat depa tak puas makan,,.. ok malam ni mama buat lagi...

Tarraaa... dah siap..jom makan anak2ku...



 SHEPERDS PIE
Sumber:- http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/sheperds-pie.html


Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
Garam secukup rasa


Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...

Bahan B (Untuk Pai):-
1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya


Cara Menyediakan Pai:-
Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....


Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL



 8 CARA MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW

  • Mengenal Nabi
  • Berselawat
  • Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
  •  ~menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
  •  ~memberi makan orang yang sussh
  •  ~membantu orang kesempitan
  •  ~menyampaikan hajiat muslimin
  •  ~menasihati orang yang lupa
  • Menghindari perkara yang Nabi benci
  •  ~syirik
  •  ~Menentang sunahnya
  •  ~berbohong ke atas namanya
  • Menyampaikan ajaran dan suruhan kepada orang lain
  • Mendampigi sahabat-sahabatnya
  •  ~mendampingi alim ulamak
  •  ~mendampingi para Daie (para pendakwah)
  • Berdoa
  •  ~Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya.

BIODATA RASULULLAH SAW


  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh Lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
  • Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman Hamba perempuan bapa Rasullah (SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah dan suami bernama Abu Kabsyah)



Tuesday, 22 January 2013

Mee Sanggul Goreng dgn Udang



Assalamualaikum...

Mee Sanggul ni akak masak buat sarapan pagi kemarin, alah masak simple2 saja buat alas perut, lagipun budak2 dlm rumah ni semuanya  bersekolah sessi pagi, kalau masak banyak2 pun tak ada sapa yang nak makan, yang tinggal kat rumah ni  akak dua beranak dgn sibibik ...
Mee ni selalu tersedia ada dlm kabinet ni , akak suka buat stok banyak2, pasainya senang kalau ada tetamu datang terkejut tergempaq pakai ambil rendam jer, pastu terus goreng senang kerjakannnn...


Resepi Mee Sanggul Goreng Dgn Udang

Bahan-bahan:-
1 bungkus mee sanggul
3 ulas bwg putih-ketuk
3 s/b cili kering kisar
sedikit isi udang 
2 biji telur
2 s/b sos tiram
gula/garam
kicap manis
taugee
kucai

cara-cara:
1.  mee sanggul direndam sebentar, bila sudah lembut angkat dan toskan..
2.  panaskan minyak, tumis bwg putih hingga wangi.
3.  masukkan cili kisar, gula,garam, kicap dan sos tiram, biarkan sehingga pecah minyaknya.
4.  masukkan udang, kacau hingga udang masak, terus masukkan telur, kacau cepat biarkan telur sedikit mengeras.
5.  masukkan mee sanggul dan gaul rata.
6.  last masukkan taugee dan daun kucai..

selamat mencuba...


Monday, 21 January 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis dgn Terung Belanda


Assalamualaikum...

Hari ini akak nak buat sambal tumis terung pipit ni hahh.. dulu masa muda2 akak tak pandai makan terung ni, rasa macam pahit pun ada, tak boleh nak telan pun, tapi mai tua2 skrg macam ni semuanya boleh telan belaka..hehehe
Terung akak ambil kat kampung kemarin, ada sepokok tumbuh subur  kat dalam semak  belakang rumah ni, buahnya bukan main lebat lagii, geram akak menengoknyaa....
Tanya kat bibik , kamu makan ker terung ni bik.. makan katanya..oklah cam tu, ambillah... budak2 kat dlm rumah ni saheh dah xmakan...

Sumber:- http://www.manfaat-terbaik.com/2012/01/manfaat-terbaik-terong-belanda.html


Terong Belanda adalah salah satu buah yang hanya hidup dan tumbuh di daerah yang dingin. Rasa dari terong belanda ini adalah asam dan sedikit manis. Memang tidak banyak yang menyukai buah terong belanda ini, tapi tetap saja buah ini memiliki manfaat / khasiat. 


Terong belanda memiliki manfaat sebagai berikut :

1. Kaya provitamin A, bagus untuk kesehatan mata.
Bagi penderita kelainan mata seperti rabun, sangat disarankan untuk menkonsumsi terong belanda ini. dikarenakan terong belanda ini mengandung vitamin A yang cukup tinggi.

2. Kaya vitamin C, bagus untuk mengobati sariawan dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Karena rasa yang asam, terong Belanda ini pasti mengandung vitamin C yang banyak. ini bagus untuk mengobati sariawan dan penyakit yang disebabkan kurangnya vitamin C.

3. Kaya mineral seperti potasium, fosfor dan magnesium yang baik untuk tubuh.
bagi pertumbuhan tubuh terong belanda sangat bagus karena mengandung fosfor dan magnesimu yang akan membantu pertumbuhan tulang.

4. Kaya serat, bermanfaat untuk mencegah kanker dan sembelit.
Terong Belanda juga bagus untuk menjaga kesehatan pencernaan karena merupakan salah satu buah yang mengandung serat sangat besar. ini membantu mencegah kanker dan sembelit.

5. Mengandung antosianin, termasuk kedalam golongan flavonoid yang merupakan salah satu jenis antioksidan.
Mengandung antioksidan sehingga dapat membantu daya tahan tubuh menjadi lebih baik.



Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Dgn Terung Belanda


1 cwn terung Belanda
2 gengam ikan bilis
1/2 cwn cili kering kisar
sedikit belacan
1 labu bwg besar
5 bj bwg merah
3 bj bwg putih
air asan jawa
gula/garam

Cara-cara:-
1. panaskan minyak, goreng terung sekejap -angkat ketepikan
2. dgn menggunakan minyak yg sama, goreng ikan bilis hingga garing- angkat ketepikan.
3. dgn menggunakan minyak yg sama, tumis bwg merah dan bwg putih hingga garing..
4. masukkan cili, belacan dan bwg besar yang dikisar, gula dan garam biar hingga pecah minyaknya..
5. masukkan sedikit air asam jawa , masak sampai mendidih.
6. last masukkan ikan bilis dan terung belanda kacau sebentar dan tutup api..

* sambal tumis ni biasanya dimasak pekat-pekat...

selamat mencuba....




Sunday, 20 January 2013

Daging Burung Merpati Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum...

Hari ini akak nak bercerita pasai burung merpati, dekat rumah akak sekarang ni banyak sungguh burung merpati dok menengek atas bumbung rumah, tak tau pulak burung2 ni datang dari mana?? agaknya tuan burung ni dah lepaskan burung2 dia kot... pasai apa banyak sangat burung ni tak tau....
Akak ni dok geram tengok gelagat burung ni tau, habis tu tak sudah  akak paksa en suami tangkap burung ni, dapat la tiga ekor gemuk2 pulak tu..rezeki..rezeki boleh buat lauk utk malam nikann.. , jangan ditanya macam mana akak tangkap burung ni , biarlah rahsia hahahah....
perlu diingatkan disini ,daging burung merpati agak keras dan liat macam daging ayam pencen nak kena rebus lama dulu baru dimasak tapi kalau ada pressure cooker beressss....
Kat sini ada sikit info pasai khasiat daging burung merpati, mai kita baca...

Sumber:http://melayukini.net/2012/10/apakah-khasiat-burung-merpati-menarik/

Apakah Khasiat Burung Merpati (Menarik!) |
Bagi penggemar daging burung, mungkin burung merpati bukanlah asing bagi mereka selain burung puyuh. Namun, tahukah anda apakah khasiat burung merpati? Sebenarnya ia banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.Ketahui apakah khasiat di bawah ini.


Khasiat Daging Burung Merpati

Cara nak menikmati daging burung ini boleh pelbagai mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat barbecue atau buat gulai semua boleh. Tapi satu cara yang sangat-sangat digalakkan terutama bagi wanita ialah buat sup burung merpati.

Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
penyakit lembik.
penyakit kebas-kebas badan.
penyakit lumpuh.

Menurut orang tua-tua dulu, amalan makan burung merpati betina pula ialah:
Menguatkan tenaga jimak
Dapat memanjangkan umur. InsyaAllah… apa pun kena ingat lah bahawa ajal dan maut nie ketentuan Ilahi…

Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita

Menurut ceritanya, arwah nenek che petua nie boleh dikatakan macam bidan kampung lah. Kebiasaannya kalau ada yang ada kemaslahan kesihatan tu terutamanya berkaitan sakit orang perempuan selalunya diaorang akan datang mendapatkan nasihat dan rawatan daripada arwah nenek.

Menurut ibu che petua, kalau ada gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya nenek akan syorkan gadis tu makan sup burung merpati. Kalau korang nak tau kes-kes sedemikian memang ada berlaku terutama kepada anak dara yang terlalu aktif dengan sukan lasak atau contohnya tersadung masa naik basikal dan aktiviti yang seangkatan dengannya.

Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, ibu che petua pun tak dapat beri jawapan dengan pasti. Katanya mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tu boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati nie 2-3 kali seminggu.

Melayukini.net - Keberhasilan tentang sesuatu benda yang ktia usahakan adakalanya datang dengan cepat ataupun sebalik. Kita perlu snetiasa berusaha dan bertawakal di penghujungnya. Setiap apa yang kita lakukan adalah berdasarkan atas izin Allah SWT. Jadi selepas ini boleh mencari burung merpati untuk dijadikan sebagai satu makanan yang berkhasiat.



Resepi Burung Merpati Masak Kicap Pedas

3 ekor burung merpati -dipotong kecil
2 inci kulit kayu manis
1 s/k jintan manis
1/2 s/k jintan putih
1 s/b lada hitam
kicap manis
2 s/b sos tiram
5 bj cili padi
2 btg serai -dititik 
1 inci halia
3 bj bwg putih
5 bj bwg merah 
1 labu bwg besar
1 bj cili merah
gula/garam
daun sup


Cara-cara:
1. tumbuk halus jintan manis, jintan putih, lada hitam, bwg merah, bwg putih, halia, cili padi..
2. panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi dan jugak serai, tumis hingga wangi dan kuning...
3.  masukkan daging burung merpati dan tambah sedikit air,  kicap manis dan sos tiram , tutup periuk rebus sampai daging empuk..
bab ni kena byk bersabar sikit pasai daging burung ni agak liat dan keras so kalau ada pressure cooker, amat memudahkkan..
4. bila daging sudah empuk, boleh tambah sedikit air kalau suka ada kuah sedikit..
5. bila kuah sudah mendidih, bolehlah perasa dgn gula dan garam dan boleh masukkan bwg besar yg dipotong bulat , daun sup dan jugak cili merah sebagai hiasan...



Saturday, 19 January 2013

Daging Goreng Lada Hitam Simple


Assalamualaikum...


Mau masak apa hari ini ya..!!
Akak ingat nak masak daging jerlah, kepala otak dah buntu hari2 dok pikiq  apa yg hendak dimasak, mau tak mau ..perut tetap kena isikan,, bukan senang nak jadi tukang masak ni?? 
intai2 dlm peti ais tadi , nampak ada lebihan daging hari tu sikit lagi, apa2 pun bolehlahhkan... 
hari ni akak nak masak simple jer, lagi pun tak ada bahan ynag menarik nak ditambah dlm daging, pakai apa2 yg ada saja dlm peti sejuk tuu.....

Resepi Daging Goreng Lada Hitam Simple

Bahan-bahan:-
1/2 kilo daging
1 s/b lada hitam*
3 ulas bwg putih*
1 inci halia*
5 ulas bwg putih-ketuk
1 inci halia- hiris lebar dan nipis
3 s/b sos tiram
3 s/b sos lada hitam
3 s/b kicap manis
5 biji cili padi
1 bj bwg besar-potong bulat


Cara-cara:-

1. daging dipotong nipis..
2. semua bahan * ditumbuk halus dan digaul dgn daging, tambah sos tiram , sos lada hitam, kicap, gula dan sedikit garam..
3. eloknya daging ini diperap semalaman dlm peti sejuk..
4. panaskan minyak, masukkan bawang putih yg ketuk dan halia, goreng sebentar hingga wangi..
5. masukkan daging yg diperap tadi, goreng hingga kering air daging dan daging masak..
6. masukan cili padi dan bawang besar yg dipotong bulat..


Friday, 18 January 2013

Ikan Temenung Sumbat Nyior & Kerabu Daun Selom




Assalamualaikum..

Hari ni kite makan kerabu jer, makan ulam-ulaman nikan bagus  utk kesihatan kita..asyik makan daging..ayam..daging..ayam pun tak elok jugakkan... akak dapat sedikit info mengenai ulam daun selom ni, mai kita pakat2 baca utk menambah lagi pengetahuan kita...


Khasiat Daun Kesom
sumber: http://ayumawaddah.blogspot.com/2011/07/khasiat-daun-selom.html


· mengandungi banyak air
· mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom
· meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser.
Ø caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

Air Rebusan Selom
· airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

Biji Selom
· digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

Buah selom
· digunakan sebagai perangsang buang air
· untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.



Resepi Kerabu Daun Selom

1 ikat daun selom - basuh bersih dan toskan

Bahan A
3 s/b udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 btg serai
1 bj cili merah
5 bj cili padi
1/2 s/b lada hitam 
2 bj limau nipis- ambik jus
garam dan gula secukup rasa

bahan hiasan
1 labu bwg besar-hiris
1 bj cili merah- hiris

cara-cara:-

1. daun selom dihiris halus- ketepikan..
2. tumbuk kesemua  bahan2 A diatas, kecuali limau nipis..
3. panaskan kuali , goreng tanpa minyak bahan2 yg ditumbuk tadi  sehingga  inti kelapa masak..
4. angkat dan sejukkkan sebentar, pastu masukkan ke dalam bekas daun selom yg dah dihiris tadi..
5. perasa dgn  perahan limau nipis, gaul hingga sebati dan masukkan bwg besar dan cili merah yg dihiris..

*  inti kelapa digoreng supaya kerabu tidak mudah basi...



Ikan Temenung Sumbat Nyior



Bahan-bahan:
1 kilo ikan kembung@temenung


1 bj telur
1 helai daun kunyit-hiris  halus

Bahan A
3 s/b udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 btg serai
1 bj cili merah
5 bj cili padi
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


cara-cara:-

1. ikan dibelah belakang digaul dgn garam kunyit - ketepikan..
2. tumbuk kesemua  bahan2 A diatas kecuali telur dan daun kunyit..
3. panaskan kuali , goreng tanpa minyak bahan2 yg ditumbuk tadi, masukkan  daun kunyit dan masak sebentar..
4. angkat dan sejukkkan , pastu masukkan ke dalam bekas dan gaulkan dgn telor.
5. kemudian masukkan inti kelapa tadi kedlm ikan tadi, buat sehingga habis..
6. panas minyak dlm kuali, goreng ikan tadi sehingga garing..

selamat mencuba....



Tuesday, 15 January 2013

Lasagna


Assalamualaikum...

Menu utk dinner malam ni, Lasagna ...emmpp hari ni rajin terlebih, lagipun stok barang2 memang dah ada dlm peti ais tuu, dari hari ke hari dok ingat nak buat benda ni, tapi bila mood malas dok mai tu, apa pun tak jadii...
Entah macam mana tadi , rajin dok mengintai dlm rumah orang ternampak la resepi Lasagna ni, teliuq tengok sedappnya... 
ok..semua barang dah ada,  jom kita masak, mula2 masak sos merah dulu, cara masak sos ni macam kita masak sos spaghetti  cuma kena pekat sikit, pastu sos putih pulak,  lasagna pulak nak kena rebus dulu kemudian kena asingkan kalau tidak dia melekat-lekat dan mudah terkoyak kalau kita tarikk... byknya kerja tapi takpa , nanti hasilnya berbaloikan......



Taraaa...dah siap, rezeki malam ni..alhamdulilah...




Sumber: http://kasehnazlieza.blogspot.com/2010/08/resepi-lasagna.html

Lasagna

Bahan-bahan:-

Kepingan lasagna
Keju parut - kita guna cheddar

Sos Merah

Daging cincang - kita guna daging burger je
Tomato puri - takde leh ganti ngan sos tomato
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Tomato buah - potong kecil
Karet - potong dadu ( opt. ikut le sayur apa nak letak - kacang pea, cendawan butang etc.)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaitun utk menumis - guna minyak biasapun takpe

1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar
3. Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
4. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan



Sos Putih

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce -takde leh guna cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup
Garam
Serbuk lada hitam

1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

Penyediaan Lasagna

1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak ( kita buat 3 lapisan lasagna )
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit ( ini ikut oven masing2 ye..) Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran

p/s : Seelok-eloknya rendam kepingan lasagna dlm air panas 15-30 minit gitu, baru best w/p kat kotak tulis tak perlu rendam lasagna tsb




Monday, 14 January 2013

Ikan Tongkol Masak Cuka & Khasiat Cuka


Assalamualaikum...

Sudah dekat seminggu dah tak pergi pasar, malas pulak rasanya semenjak dua menjak  ni, semalam akak ada goreng isi ikan tongkol, goreng pun  seekor jer.. tu pun tak habis, budak2 ni pun semenjak 2,3 hari ni asyik dok balik sekolah lambat, petang2 baru sampai rumah, ada kelas tambahan katanya ...
Akak ingat nak buat masak cuka sajalah utk makan tengahari ni, guna ikan tongkol semalam, lagipun isi ikan tongkol goreng ni kalau dibiarkan lama2 nanti isi dia akan jadi keras pulak, nak masak guna ikan apa pun boleh, asalkan ikan tu mestilah digoreng terlebih dahulu...

 Info yg akak dapat tentang khasiat cuka:

"Allah meletakkan keberkat dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja,  Nabi s.a.w suka kepada cuka.

Jabir menceritakan:Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya.dihidangkan roti.baginda bertanya: 'Adakah apa-apa perasa?"sahabat menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah perasa yang baik." hadrat Jabir berkata:Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda s.a.w". hadrat Naf'a berkata:Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." (hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)
Dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan untuk kesihatan manusia sejagat.cuka apple sangat berguna untuk melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam badan, untuk sakit sendi seperti arthritis dan masalah lain-lain lagi.

Antara kelebihan cuka apple dan cuka Kurma adalah :

1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


sumber : seri-suri.blogspot.com



Resepi Ikan Tongkol Masak Cuka

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan tongkol- digoreng dulu
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia
2 btg serai-diketuk
1 s/k biji sawi
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1/2 sk kunyit
3 cwn air
5 s/b cuka
gula / garam
3 ulas bwg putih - belah 2
5 ulas bwg merah- belah 2
2 biji bwg besar- belah 4
5 bj cabai melaka- belah 2 


cara-cara:-
 1. panaskan minyak, tumis jintan manis, jintan putih, biji sawi,halia, bwg merah dan bwg putih hingga kuning..
2. masukan air hingga kuah mendidih, masukkan kunyit, dan cuka..
3. bila kuah dh mendidih masukkan ikan yg digoreng tadi, bwg merah,bwg putih, bwg besar dan cabai yg dibelah dua tadi..
4. perasa dgn gula dan garam,

* kuah ni kena ada rasa masam, manisnya.. lagi lama lagi sedapp..

Friday, 11 January 2013

Ayam Masak Maharani



Sedap sangat Ayam masak Maharani ni..sungguh tak bohong, sekali rasa macam masakan arab pun ada, rasa macam masakan india pun ada.. rasa macam masakan bangla pun ada.... huhuhu
Akak dapat resepi dlm fb, tengok cik kak kita Zalieda Zaliedana dok tayang dlm fb dia, tengok gambar pun dah tau .. sedapp,  tu yang teringin nak buat jugak.. tapi rasa rugi pulak masak sekor ayam tadi , sekali budak2 kat rumah ni makan habis seperiuk, tau sajalah kalau hari cuti tak sekolah ni, keluar masuk..keluar masuk dapur..buka peti ais, tutup peti ais.... jenuh nk layan, kalau  tau tadi sedap cam ni baik akak masak 2 ekor tadi , pasainya nak masak  ayam ni pun ambil masa lama jugakk....
Ayam masak ni sangat sesuai dimakan dgn nasi berempah cam nasi beraini, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi putih pun boleh jugak laa,,.. apa2 pun terima kasih banyak2 pada tuan punya resepi asal ini....


Resepi Asal :- Asmah Laili
Sumber 1:- noreen-homecooking.blogspot.com
sumber 2 :- fb Zalieda Zaliedana


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar
10 biji lada hijau
5 biji lada merah
1 biji tomato
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus

Bahan2 C:
2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..



Wednesday, 9 January 2013

Ayam Panggang Rosemary & Lemon



Teruja tengok gambar ayam panggang ni dlm blog2 masakan,  hati pun sudah terpaut dan terpikat, jom kita pi pasar cari ayam dulu, tungguuu......


Tarraa....dah siap pun, makan dengan pasta goreng udang dan roti bun... kenyang sangat, terima kasih pada tuan punya resepi,,..alhamdulilah..rezeki malam ini...


AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON
Sumber 1:- Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu 
Sumber 2:- Dapurmamasya 



Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam - mama letak 1 sj
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.


Monday, 7 January 2013

Rahsia Permakanan Genius Islam


Rahsia Pemakanan Genius Islam

Pemakanan, sesuatu yang penting dalam hidup kita. Apa saja yang kita makan setiap hari, itulah yang akan menjadi darah daging kita. Jika ia berkhasiat, maka tubuh akan mendapat manfaatnya. Sebaliknya jika makanan yang diambil berlebihan dan tidak menepati keperluan, ia pasti akan menjejaskan kesihatan.

Justeru, setiap kita mempunyai amalan pemakanan tersendiri. Terpulang, tepuk dada tanya selera! Bagaimanapun, tahukah kita tentang pemakanan genius-genius Islam terdahulu. Inilah antara rahsia keajaiban daya intelek mereka dan membolehkan mereka bergelar cerdik pandai.

Formula pemakanan genius-genius ini telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan serta menarik minat para ilmuan untuk mengkajinya.

Jika ingin tahu, ini adalah senarai makanan yang diamalkan oleh para genius Islam terdahulu untuk meningkatkan kepintaran dan menguatkan daya ingatan.

1) MADU





Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Ada yang menggelarnya “Raja Ubat” kerana keupayaannya menyembuhkan banyak penyakit.

Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan daya ingatan. Madu juga memiliki zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan sebagainya.

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda “Siapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu."Selain itu madu didapati mujarab untuk menghindarkan kepenatan otak setelah bekerja.Cara meminum madu yang disyorkan : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Khasiat madu boleh menjadi tawar.



2) KISMIS




Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i) Menghadap Kiblat

ii) Membaca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Membaca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Kurang berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


2) SUSU SEGAR




Seperti yang diakui, susu amat berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu sinonim sebagai makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang diperlukan tubuh seperti karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Sesuatu yang tidak diketahui, susu menjadi penawar bagi penyakit lupa. Rasulullah SAW sendiri menerangkan susu boleh menguatkan belakang, mencerdaskan akal dan memperbaiki penglihatan.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu segar bagaimanapun diakui lebih berkhasiat daripada susu yang sudah diproses menjadi susu tepung.

CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah SAW.


4) TELUR




Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka ALLAH SWT memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA




Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



6) LIMAU OREN




Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi SAW. Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA




Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.”



8) DAGING BURUNG MERPATI




Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM




Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM







Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakan daging ayam betina.



11) DAGING BIRI-BIRI





Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI





Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



13) KEKACANG





Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM





Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)




Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)






Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS





Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKIH




Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU



Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi SAW., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga bersabda,"Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal."



20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)




Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.



21) MINYAK SAPI






Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR




Juga membantu meningkatkan akal dan memori


Sumber:- http://masyarakat.dunyahalal.com
Terima kasih kepada Estidotmy, Utusan Malaysia ( Mac 2007 ) atas maklumat yang diberikan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...