Assalamualaikum...
Gulai Daging Kawah.. kebiasaannya dihidangkan dimajlis-majlis kenduri kendara, cara memasak dengan menggunakan kawah yang besar akan menghasilkan kuah yang agak sedikit gelap jika dibandingkan dengan menggunakan periuk biasa...
Di kampung skrg ini pun masih lagi ada yang melakukan kenduri kawin dengan bergotong royong , rasanya cukup meriah dan amat seronoh sekali disamping dapat mengukuh dan mengeratkan lagi talisiratulrahim sesama keluarga..
Resepi yang akak dapat kali ini adalah dari airtangan Chef Sabri yang terkenal itu, memandangkan resepi asal adalah utk 1000 orang makan, jadi pandai2 kita ejas sendiri yaa...
RESIPI: GULAI KAWAH
PENYEDIAAN: 1000 ORANG
MASA PENYEDIAAN: 3 JAM
BAHAN:
1 ekor Lembu - di lapah dan di potong saiz 2 inci
20 lit santan cair
10 lit Santan pekat
PES BANCUHAN REMPAH GULAI KAWAH
10 kg Serbuk rempah kari
2 kg serbuk cili
1 kg serbuk jintan manis
1 kg serbuk ketumbar
1 kg serbuk jintan putih
BAHAN YANG DI KISAR
1 kg Halia
2 kg Bawang putih
4 kg Bawang besar
BAHAN PERASA & AROMA
20 keping Gula melaka
1 kg Gula pasir
6 cawan garam kasar
5 lit kicap cair
10 kg umbut batang kelapa atau pisang muda ( Jika perlu)
2 kg Minyak sapi
2 cawan serbuk perasa
10 kg kerisik kelapa
cara:
1. Panaskan kawah, masukan minyak sapi, 2 lit minyak masak, kemudian masukan bahan- bahan yang di kisar dan kacau hingga naik bau.
2. Masukan daging dan kacau hingga air daging keluar dan biar ia mendidih selama 1 jam hingga daging hampir empuk.
3. Kemudian masukan serbuk bancuhan rempah yang telah di bancuh dengan air, kemudia masukan 1 cawan kulit kayu manis, 1 cawan buah pelaga dan 1 cawan bunga cengkih.
4. Kacau hingga rata selama 30 minit, kemudian masukan santan cair dan kacau lagi selama 30 minit.
5. kemudian masukan santan pekat,kerisik kelapa,kicap , umbut kelapa atau pisang muda.
6. Kacau hingga pisang lembut dan daging empuk, kemudian masukan gula melaka, garam. gula pasir dan garam secukup rasa.
7. setelah siap hias dengan bawang goreng.
TIP: DI SEBELAH KELANTAN GULAI KAWAH DI MASUKAN BUDU, KELAPA GORENG KERING KEMUDIAN DI TUMBUK. UNTUK MEMUDAHKAN PELACARAN LEMAK SEMASA MAKAN GULAI KAWAH, AMALKAN MEMAKAN HIDANGAN YANG MASAM SEPERTI ACAR TIMUN NENAS.
RESIPI: ACAR TIMUN NENAS
PENYEDIAAN: 500 ORANG
MASA: 30 MINIT.
BAHAN;
15 kg Timun - di buang biji di potong sebesar jari halus
10 kg lobak merah - di buang kulit di potong mayang
5 kg cili merah - di buang biji - di potong mayang
15 kg nenas di buang kulit - di hiris nipis
10 lit Air gula pasir ( syrup gula )
3 lit Cuka - secukup rasa
1/2 cawan Kulit kayu manis
1/2 cawan bunga lawang - (jika perlu)
2 cawan Garam kasar - secukup rasa
Cara:
1. masukan semua bahan-bahan dalam basin besar dan gaul hingga rata .
Tip : untuk memasti kesegaran, jangan buat terlalu awal, sebaliknya 30 minit sebelum semua menu utama di hidangkan.
No comments:
Post a Comment