Friday, 11 January 2013

Ayam Masak Maharani



Sedap sangat Ayam masak Maharani ni..sungguh tak bohong, sekali rasa macam masakan arab pun ada, rasa macam masakan india pun ada.. rasa macam masakan bangla pun ada.... huhuhu
Akak dapat resepi dlm fb, tengok cik kak kita Zalieda Zaliedana dok tayang dlm fb dia, tengok gambar pun dah tau .. sedapp,  tu yang teringin nak buat jugak.. tapi rasa rugi pulak masak sekor ayam tadi , sekali budak2 kat rumah ni makan habis seperiuk, tau sajalah kalau hari cuti tak sekolah ni, keluar masuk..keluar masuk dapur..buka peti ais, tutup peti ais.... jenuh nk layan, kalau  tau tadi sedap cam ni baik akak masak 2 ekor tadi , pasainya nak masak  ayam ni pun ambil masa lama jugakk....
Ayam masak ni sangat sesuai dimakan dgn nasi berempah cam nasi beraini, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi putih pun boleh jugak laa,,.. apa2 pun terima kasih banyak2 pada tuan punya resepi asal ini....


Resepi Asal :- Asmah Laili
Sumber 1:- noreen-homecooking.blogspot.com
sumber 2 :- fb Zalieda Zaliedana


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar
10 biji lada hijau
5 biji lada merah
1 biji tomato
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus

Bahan2 C:
2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
kacau rata dan biarkan mendidih
tambah air jika terlalu kering
masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati..



1 comment:

  1. Salam kenal Nor... memang nampak sedap ayam maharani tu, follower 10

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...