Friday 18 January 2013

Ikan Temenung Sumbat Nyior & Kerabu Daun Selom




Assalamualaikum..

Hari ni kite makan kerabu jer, makan ulam-ulaman nikan bagus  utk kesihatan kita..asyik makan daging..ayam..daging..ayam pun tak elok jugakkan... akak dapat sedikit info mengenai ulam daun selom ni, mai kita pakat2 baca utk menambah lagi pengetahuan kita...


Khasiat Daun Kesom
sumber: http://ayumawaddah.blogspot.com/2011/07/khasiat-daun-selom.html


· mengandungi banyak air
· mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom
· meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser.
Ø caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

Air Rebusan Selom
· airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

Biji Selom
· digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

Buah selom
· digunakan sebagai perangsang buang air
· untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.



Resepi Kerabu Daun Selom

1 ikat daun selom - basuh bersih dan toskan

Bahan A
3 s/b udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 btg serai
1 bj cili merah
5 bj cili padi
1/2 s/b lada hitam 
2 bj limau nipis- ambik jus
garam dan gula secukup rasa

bahan hiasan
1 labu bwg besar-hiris
1 bj cili merah- hiris

cara-cara:-

1. daun selom dihiris halus- ketepikan..
2. tumbuk kesemua  bahan2 A diatas, kecuali limau nipis..
3. panaskan kuali , goreng tanpa minyak bahan2 yg ditumbuk tadi  sehingga  inti kelapa masak..
4. angkat dan sejukkkan sebentar, pastu masukkan ke dalam bekas daun selom yg dah dihiris tadi..
5. perasa dgn  perahan limau nipis, gaul hingga sebati dan masukkan bwg besar dan cili merah yg dihiris..

*  inti kelapa digoreng supaya kerabu tidak mudah basi...



Ikan Temenung Sumbat Nyior



Bahan-bahan:
1 kilo ikan kembung@temenung


1 bj telur
1 helai daun kunyit-hiris  halus

Bahan A
3 s/b udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
1 btg serai
1 bj cili merah
5 bj cili padi
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


cara-cara:-

1. ikan dibelah belakang digaul dgn garam kunyit - ketepikan..
2. tumbuk kesemua  bahan2 A diatas kecuali telur dan daun kunyit..
3. panaskan kuali , goreng tanpa minyak bahan2 yg ditumbuk tadi, masukkan  daun kunyit dan masak sebentar..
4. angkat dan sejukkkan , pastu masukkan ke dalam bekas dan gaulkan dgn telor.
5. kemudian masukkan inti kelapa tadi kedlm ikan tadi, buat sehingga habis..
6. panas minyak dlm kuali, goreng ikan tadi sehingga garing..

selamat mencuba....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...