Assalamualaikum..
Hari ini akak masak Mee Rebus Ketam Nipah, ketam nipah ni akak beli dekat kawan akak yg suami dia memang kerjanya mencari ketam sebagai kerja sampingan.. geramnya akak tengok ketam yg dia dapat ni besar2 pulak tu, akak paling suka makan telor ketam...mak ooii tak tau nak cakap kalau dapat makan telor ketam ni sedapppnya....
Ketam2 ni biasanya dijual hidup2, dan boleh disimpan diluar dan boleh bertahan lebih kurang dua,tiga hari.. jangan disimpan dlm peti sejuk, nanti isi ketam akan mengecut selepas dimasak.. satu2nya bablah yang leceh bila nak menyiangnya, kenalah hati2 sikit takut nanti kena sepit dgn ketam... biasanya kalau akak nak masak , ketam ini akak simpan dlm peti ais yg beku tu sekejab, biar dia mati kesejukkan barulah akak kupas kulitnya, kejamkannn.....
Resepi Mee Rebus Ketam..
6 ekor ketam
5 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1/2 cwn cili kisar
1 labu bwg besar
2 sb udang kering
2 sb sos tiram
5 biji ubi kentang yg rebus
gula/garam
Bahan hiasan
3 ketul fish cake
daun bwg/daun sup
cili merah hiris nipis
bwg goreng
limau nipis
Cara-caranya:-
1. Ketam dibersihkan dgn cara memberus kulitnya utk membuang kotoran...
2. Panaskan minyak, tumis bwg merah,bwg putih dan udang kering yg ditumbuk halus hingga wangi.
3. masukkan cili kisar dan bwg besar yg telah dikisar dan jugak sos tiram, kacau hingga pecah minyaknya.
4. masukkan ubi kentang rebus yg telah dikisar yg air dan boleh tambahkan air ikut kepekatan yg kita mahu..
5. biar hingga kuah mendidih , boleh masukkan ketam dan perasa dgn gula dan garam..
* akak suka masukkan ketam sekor-sekor
No comments:
Post a Comment