Meatball IKEA... teringin sangat nak makan, nak pi makan kat IKEA tu jauh beribu batu, kalau ada kat Sg Petani ni, akak dah lama pi makan ni, nampak macam sedap sangat, nasib baik tak mengandung... kalau tak meleleh air liuqkann...
Akak cuba2 cari resepi dlm internet ni, intai sana sini, last sekali terjumpa satu resepi dlm blog kellazule.blogspot.. terima kasih banyak2 pada tuan punya resepi ni, boleh jugak akak try2 buat....
Taraaa...
dah siap pun, macam ni jadi tak ?? maklumlah kita tak pernah rasa yang IKEA punya tuu... akak guna 2 paket meatball SAUDI , jem akak tak letak pasai dah habis, tapi dia punya sos memang sedap sanggat.. anak akak sampai menjilat-jilat saki-baki sos dlm periuk tu....huhuhu
buat sos sampai seperiuk...
Sumber:- http://kellazule.blogspot.com/2012/11/recipe-homemade-meatball-ala-ikea.html
Resepi Meatball Ala IKEA
250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.
* lepas akak kukus meatball tu, akak panggang dgn menggunakan sedikit minyak .. akak panggang dlm panggang ajaib ni... *
Untuk Gravynya :
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa
Cara-caranya:
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..
RESEPI CHEESY WEDGES
sumber:-rosyur.blogspot
WEDGES
4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng
Cara-cara:-
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping.
Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang.
Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.
Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili.
Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan.
Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!
sumber:-rosyur.blogspot
WEDGES
4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng
Cara-cara:-
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping.
Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang.
Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.
Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili.
Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan.
Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!
Cara menghidang
1. Goreng meatball segera (goreng tanpa minyak ok!).
2. Goreng fries
3. Letak meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Letak fries dekat sebelah
5. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry/ mix fruit jem
No comments:
Post a Comment