Saturday 13 October 2012

CHICKEN CHOP SOS LADA HITAM



Salam.. Hari ni ingat nak buat chicken chop lah... dah lama sangat tak buat benda alah ni.. budak2 kat rumah ni, tersangatlah suka makan benda ni..mak budak pun suka jugak..hehehe..lagi pun teringat dlm peti ais tu, memang dah ada kepingan isi ayam yg akak beli kat pasar hari tuu..dah lama dah tuu, seminggu dah...kebetulanlah sangatkan, so suruh bibik rendam dulu ayam tu...
Hari ni hari sabru..En Husben cuti, bolehlah ajak dia pi cari barang2 kat EconSave sat lagi.. mood darling nampak ok jer pagi ni... so bolehlah jadi draver saya.. huhuhu.. 
jom kita pi beli brg dululah....bukan senang nak buat benda alah ni, ambil byk masa kan!!! ..dgn nak buat benda yg temeh remeh tuuu, apa yg penting !!!  mood mesti ada..kang silap2 hari bulan.. mak jemah simpan balik ayam tu dlm peti ais....huhuhu
Jom kita layan resepi ni pulak.....


CHICKEN CHOP BERSOS LADA HITAM.
SUMBER: BALANNAMBIAR.COM

Bahan-Bahan:

1. 4 ketul (300gm–400g) peha ayam penuh , dikeluarkan tulang (sila lihat video cara keluarkan tulang).

2. Gunakan pisau tajam hiris-hiris mendatar daging supaya nipis sedikit dan lebarkan.

Bahan-bahan perencah untuk diperamkan daging ayam– (sebatikan)
2 sudu besar sos “Worcestershire” (tentukan halal).
1 sudu besar sos tiram
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1/4 sudu kecil lada sula (pepper)
1 sudu kecil serbuk stock ayam/1 ketul stock ayam.
2 sudu besar jus halia (ditumbuk dan diperah jusnya).
2 ulas bawang putih tumbuk halus lumat.
Peramkan ayam dengan bahan-bahan peraman sekurang-kurangnya 3-4 jam.


Bahan-Bahan untuk Sos Lada Hitam/ black peper sauce.

3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar kicap cair.
sedikit kicap pekat mee (untuk warna kehitaman)
1 sudu kecil gula.
garam secukup rasa
1 serbuk stok ayam/ 1 ketul stok ayam
3 cawan air.
2 sudu minyak bijan (sesame oil)/ kalau tak gemar baunya gunakan 2 sudu butter.
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
2 sudu sos cili.
1 biji bawang besar (sedang) dipotong dadu kecil.


1. Panaskan kuali dengan api kecil dan masukan 2 sudu butter/minyak bijan. Bila butter cair dan panas, masukan bawang dipotong dadu. Apabila bawang mula keluarkan bau harum, masukan tepung gandum dan goreng sehingga tepung bertukar warna kepada perang sedikit. Masukan air dan kacau rata dengan menggunakan pemukul telur tangan, supaya tepung sebati dengan air.

2. Masukkan semua bahan; sos tiram, kicap cair, gula, serbuk stok ayam/ 1 ketul stok ayam, lada hitam ditumbuk kasar, sos cili. Masukan kicap pekat sedikit demi sedikit untuk dapatkan warna kehitaman yang diperlukan. Harus ingat warna akan menjadi lebih kehitaman apabila sos anda bertukar ke pekat dan apabila sejuk.

3. Boleh juga masukkan mushroom/ cendawan butang dlm tin, dihiris halus untuk menambahkan kesedapan rasa sos anda. Tambahkan garam yang diperlukan. Hidangkan keadaan panas.



PENYEDIAAN TEPUNG GORENGAN AYAM DAN CARA GORENG.

Biasanya ayam Chicken chop disediakan dengan tanpa tepung (digoreng begitu saja dengan cara membakar ayam di atas kuali leper dgn dua atau tiga sudu minyak) atau dengan goreng dengan tepung atau pun dengan goreng dengan habuk roti/bread crumb yang berwarna kuning emas. Untuk mendapatkan rasa yang enak ayam cara pertama amat sesuai tetapi untuk perniagaan cara goreng dengan tepung adalah lebih sesuai; kerana dari segi penglihatan pelangan ketulan ayam bertukar menjadi dua kali besar size asal daging ayam itu yang sebenar. Ini akan menjadi tarikan untuk pelangan. Oleh kerana resepi blog ini banyak menitik-beratkan dari segi perniagaan maka resepi yang dianjurkan chicken chop adalah goreng menggunakan tepung.

Penyediaan Tepung Gorengan/ batter:
2 cawan tepung gandum biasa.
1 sudu kecil serbuk penaik/ baking powder.
secubit garam
air soda / ginger ‘ale/ sparkling water( untuk mendapatkan rangupan dgn gas co2).

1. Masukkan tepung didalam sebuah bekas dan masukkan secubit garam dan baking powder.

2. Masukan air soda (soda water bukan ais cream soda) atau sparkling water kedalam tepung dan kacau rata dan bancuh dengan pembancuh telur tangan sehingga adunan itu berbueh dan diadun rata. Kelikatan perlu tidak tebal atau terlalu nipis.

3. Simpan adunan bancuhan tepung itu kedalam peti sejuk 15 minit sebelum digunakan. Jangan lama.

CARA GORENG:

1. Panaskan kuali dan masukan minyak masak untuk gorengan (minyak perlu melepasi paras ketebalan ayam. Minyak perlu panas sebelum mulakan gorengan.

2. Sediakan tepung gandum biasa dan sedikit tepung jagung dicampurkan dalam sebuah bekas. Ambil daging ayam dan disalutkan dengan tepung yang disediakan. Tujuan salutan dengan tepung ialah untuk menyerapkan kelembabpan pada daging ayam dan supaya bancuhan tepung kita boleh melekat pada daging ayam tersebut. Jangan terlalu tebal salutkan dengan tepung. tepung yang berlebihan perlu disingkirkan dengan mengetuk daging ayam itu pada bekas.

2. Masukan daging ayam disalut tepung ke dalam bancuhan tepung yang telah disejukkan. Masukkan dalam minyak yang sedang panas. Suhu minyak perlu panas semasa gorengan supaya minyak tidak meresap pada tepung dan hasilnya tidak berminyak. Apabila tepung salutan mulai garing bolehlah kecilkan api dapur untuk daging ayam masak sempurna. Goreng jangan terlalu lama ia akan mengeraskan lagi tekstur daging ayam. Daging ayam yang goereng yang betul perlu keluarkan jus semasa mencarikan isinya.

3. Untuk mendapatkan warna yang cantik gorengan anda, bolehlah masukkan sedikit warna kuning ke dalam tepung semasa bancuhan tepung anda.


PENYEDIAAN KENTANG GORENG GARING/ FRENCH FRIES:

1. kupas kulit ubi kentang. Potong ikut sais ketebalan yang dikehendaki. Oleh kerana ubi kentang boleh dioksida(lebam) dalam udara biasa, masukkan ke dalam air.

2. Rebus ubi kentang yang telah dipotong dengan cuma 3/4 masak. Toskan dan keringkan potongan ubi kentang atas tuala dapur (kitchen towel) sebelum goreng.

3. Minyak untuk goreng ubi kentang perlulah cukup panas sehingga 340-360 darjah celcius. Oleh kerana potongan ubi telah masak 3/4 sebelum goreng, perlu pastikan ia sentiasa di goreng dengan suhu yang panas dan cepat. Tentukan jangan masukkan kandungan yang banyak semasa gorengan; ini akan menurunkan suhu minyak gorengan. Sekiranya minyak anda terlalu panas masukan sedikit minyak baru untuk mengurangkan suhu gorengan.


PENYEDIAAN COLESLAW:

Cincang kecil 1 biji kobis (sederhana besar).
1 batang karot dipotong dadu, direndam dalam air sejuk (air batu).
sedikit kacang peas sejuk beku.
sedikit lada sula
susu pekat manis 2 sudu besar.
Garam seckup.
Mayonis.

1. Dalam sebuah bekas didihkan air dan celurkan kobis dalam 30saat dan kelurkan. Perah air kobis keluar(sekiranya anda ingin segar kobis tak perlu celur dalam air panas. Masukkan potongan karot dan kacang peas dalam air didih selama 1 minit dan toskan.

2. Masukan semua bahan di atas bersama mayonis. Kacau rata. masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Untuk hiasan anda boleh gunakan daun salad bunga, hirisan timun dan tomato. Tentukan semasa hidangan, ayam yang telah goreng sebelah kulit dibawah dan isiinya menhadap atas untuk sos cuma berada di atas ketulan daging ayam anda. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...