Tuesday 9 October 2012

Pai Berdaging




Resepi Pai Berdaging

Bahan utk isi pai..
1 paket daging kisar Ramly
1 biji Bawang Besar 
5 biji bawang putih - cincang 
Serbuk Lada Hitam 
2 sudu serbuk kari daging
1/2 cwn sayur campur..
garam/gula

Bahan utk Kentang Putar..
6 biji Ubi Kentang
Susu Segar
Mentega
Garam
Keju Mozarella


Cara-cara :
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut, toskan air kemudian lenyekkan ubi kentang semasa masih lagi panas, bersama-sama dengan susu segar dan mentega. asingkan...
2. Tumis bwg putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu sehingga kuning.
3. Masukkan daging kisar, masak sehingga kering air daging , baru masukkan serbuk kari.. kacau dan masak lagi hingga terbik minyak..
4.  Boleh tambahkan air sedikit, masukkan lada hitam dan sayur campur, perasa dgn garam dan gula..
5. masak hingga daging tu agak2 kering sedikit..
6. Boleh sediakan bekas, ratakan daging kedalam bekas ,kemudian tuang pula kentang putar tadi di atas lapisan daging.
7. Ratakan supaya lapisan daging ditutupi sepenuhnya oleh lapisan kentang putar.
8. Akhir sekali, tabur Mozarella Cheese dan sos cili , kemudian bakar dlm oven pada suhu 180 sehingga masak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...