Friday 12 October 2012

Lamb Chop




Resepi Lamb Chop + Whipped Potato
Resepi asal: Potret Kasih

Resepi Sos Marinate


1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau

Caranya
Satukan semua bahan.
Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.
Bakar @ grill kepingan daging lamb sehingga masak.



Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)


6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya:-
Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


Resepi Sos Lamb chop.

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya
Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.




Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coleslaw KFC)
Resepi asal: Encik Nasron

Bahan-bahan
Kobis Putih 1 kg
Lobak Merah 150 gram
Mayonis 200 gram
Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
Gula Pasir 5 sudu besar
Garam 1 sudu teh (rata)
Cuka 1 sudu besar
Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.

Cara Membuatnya:-


Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer.
Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!

Nota Tambahan
Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...