Tuesday 2 October 2012

RIDE KOH SAMUI 28-30 Sept. 2012



 Bermula di Firatel Hotel, Danok..bersama 7 jentera dan 8 org semuanya termasuk akak..tak ada dlm gambar..pasai kena jadi tukang ambil gambar huhuhu..masa tu dlm jam 9.30 pagi..kami pun bertolak . Cuaca kurang elok..hujan mula turun..tapi memandangkan semangat yg berkobar-kobar..kami tetap meneruskan perjalanan..Sepanjang perjalanan hujan masih turun..punyale sejuk...

Dalam jam 1.30 pm, sampai di Nakhon..singgah solat jumaat bersama kariah dikawasan tu..rupanya banyak orang islam disitu..semuanya ramah tamah belaka, terjumpa pulak dgn satu pakcik ni..katanya dia pernah tinggal kat M'sia waktu dulu2.. sembang sakan dia..macam2 cerita dia...


dah sampai jeti..masa tu dah jam 5.15pm..kena beli tiket dulu..feri jalan jam 6.00pm..dapatla rehat jap..sambil2 posing gambar..hehehe..perjalanan feri pulak mengambil masa hampir 2 jam utk ke pulau..mak oiii lamanya..masa dlm feri tu terlelap sekejap..letih gilaa...



Dalam jam 8.00 pm..akhirnya sampai jugak kami kat pulau tu..disebabkan dah malam,kami terus saja mencari hotel dulu..semasa mencari hotel tu terjumpalah satu kedai makanan islam kat tepi jalan..memandangkan perut semua dah lapar so kami semua singgah makan  dulu, makanlah apa yg ada...susah juga nak mencari restoran makan halal dekat situ..kenalah cari kawasan penempatan muslim ataupun yg dekat dgn masjid..

Akhirnya jumpa..satu chalet diperkampungan org melayu..harga murah rm45 semlm..ada restoran sekali, so tak fikir panjang ambil saja..lagi pun badan dah letih sangat...malam tu tidur mati.. sedar2 dah subuh..lepas mandi terus cari sarapan..rupanya byk kedai2 kecil yg menjual makanan di sekitar perkampungan tu...makanan dekat sini lebih kurang macam kita kat M'sia jugak..memang masuk dengan perut akak ni..so jangan cakap byk makan jer..pas makan kita rancang nak pergi meronda keliling pulau pulak..nak pergi tengok tempat2 yg best kat sini...jomn kita ronda...







aduhhh..penattnya..sepanjang hari merempitt... puashati akak dapat pusing2 pulau dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan..sampai chalet hari pun dah kian gelap..pas solat, semua siap2 utk pergi makan malam plak.. memandangkan tadi dah penat naik motor so kami ingat nak makan kat restoran milik tuan punya chalet saja...


ini merupakan menu lunch kami, ada ikan bawal stim lemon, ikan siakap masak 3 rasa, sup daging, sayur campur brokoli,ikan masin dan ulam+sambal belacan...semua makan dgn berselera sekali..almaklumlah semua tengah lapar..makanan kat sini memang sedapp sangat..sesuai dengan tekak kita org..

Pagi-pagi lagi semua sudah siap.. dah nak bertolak balik dah..rasanya macam belum puas lagi nak menikmati keindahan di sini...nanti kita datang lagi yer...bye-bye 
KOH SAMUI....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...